#841
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Melayu: Kongkek Hokkien: Seoh Kan Cantonese: Tiew English: Fuck Thai: Paok paok ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#842
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Oh one more with my mother tounge : tiao or pooo (Teochiew)
|
#843
|
||||
|
||||
Nikah wanita sebelum dijual
Laporan daripada Harian Metro bertarikh 2hb Februari 2008 :-
Nikah wanita sebelum dijual PETALING JAYA : Sindiket pelacuran dikesan menggunakan taktik baru dengan menjadikan wanita warga asing sebagai ‘isteri sah’ sebelum mengarahkan mereka menjadi pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) di sekitar Lembah Klang. Difahamkan, taktik itu bertujuan mengelak wanita terbabit daripada dikenakan sebarang tindakan terutama ketika premis maksiat mereka diserbu pihak berkuasa. Sindiket yang didalangi lelaki warga tempatan itu dipercayai menjadikan wanita warga asing sebagai sasaran baru dengan mendaftar perkahwinan secara sah sebagai suami isteri. Apabila wanita berkenaan ditahan serta disoal siasat pihak berkuasa, lelaki yang mengahwininya akan datang ke premis yang diserbu dan mengaku dirinya adalah suami sah pelacur atau GRO berkenaan. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut membawa dan menunjukkan dokumen perkahwinan merek. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad (gambar), yang memperoleh maklumat daripada pegawainya melalui operasi dan serbuan di beberapa premis maksiat, baru-baru ini. Arjunaidi berkata, taktik baru itu dipercayai didalangi sindiket apabila ada lelaki tempatan secara tiba-tiba mengaku wanita asing yang disoal siasat adalah isteri sah mereka. Menurutnya, wanita warga asing yang menjadi GRO dan pelacur itu bagaimanapun mengaku mereka berada bersama teman lelaki dan memberi alasan mengunjungi premis maksiat hanya untuk minum dan melepaskan tekanan. “Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan datang ke negara ini sebagai pelancong asing dan mendakwa mereka tinggal bersama teman lelaki. “Namun, ada antara mereka didapati sudah mendaftar perkahwinan sebagai suami isteri yang sah. Apabila mereka ditahan, lelaki warga tempatan datang ke premis dan mengaku wanita berkenaan adalah isterinya,” katanya, semalam, Menurut Arjunaidi, apabila diperiksa, dokumen perkahwinan mereka adalah sah dan sekali gus meyakinkan polis bahawa kegiatan licik berkenaan didalangi sindiket. --- KatoeyNewsNetwork |
#844
|
|||
|
|||
Re: ‘Saya mahu cegah maksiat’
Quote:
|
#845
|
||||
|
||||
Sindiket jerat gadis Vietnam
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Februari 2008 :-
Sindiket jerat gadis Vietnam KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan manusia di Vietnam dikesan menjadikan negara ini sebagai modal untuk ‘mengumpan’ puluhan wanita muda yang ingin memperoleh gaji lumayan sebagai pelayan restoran sebelum mengarahkan mereka menjadi pelacur. Difahamkan, sindiket yang mempunyai ejen di beberapa daerah atau wilayah di negara itu akan mencari mangsa dengan menjanjikan ‘peluang emas’ kepada mereka dan mendakwa kononnya Malaysia mempunyai pelbagai peluang pekerjaan terutama pelayan. Sekiranya bersetuju dengan tawaran itu, keluarga mangsa dikenakan bayaran sebanyak AS$800 yang dianggap sebagai upah dan modal untuk memproses pasport. Namun, ketua sindiket terbabit perlu terlebih dulu ‘memeriksa’ dan memilih mangsa untuk menentukan sama ada mereka layak untuk bekerja di luar negara atau sebaliknya. Apabila mangsa tiba di negara ini, mereka yang bekerja sebagai pelayan restoran sepenuh masa pada awalnya diarah dan ‘diwajibkan’ menjadi pelacur pada waktu malam. Perkara itu didedahkan akhbar laman web Thanhnien News.com yang melaporkan seorang lelaki ditahan di Delta Mekong, Vietnam, baru-baru ini, selepas didapati menyeludup masuk wanita di beberapa negara Asean termasuk Malaysia. Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Can Tho, Senior Leftenan Kolonel Nguyen Thanh Nha, dipetik berkata suspek dikenali Thai Nham Ty dan pihaknya turut merampas beberapa pasport dipercayai milik wanita yang diseludup ke luar negara. “Berdasarkan siasatan awal yang diperoleh daripada seorang mangsa, kami mendapati sindiket itu sudah menyeludup sekurang-kurangnya 20 wanita ke Malaysia, Kemboja dan Singapura sejak 10 Januari lalu. “Semua wanita berkenaan dipercayai berasal dari Delta Mekong termasuk bandar Can Tho, An Giang dan wilayah Hau Giang,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati sindiket terbabit memperuntukkan sebanyak AS$200 hingga AS$250 bagi setiap pasport wanita terbabit selepas dipilih dan dipersetujui ketua mereka. “Selain itu, kami sedang menyiasat sama ada suspek yang ditahan bersubahat dengan imigresen untuk memperoleh pasport terbabit. “Bagaimanapun, kami berjaya memberkas ketua sindiket berkenaan yang dikenali Hua Thi Thuy Trang bersama dua konconya, pada 10 Januari lalu. Suspek dikatakan bekerja sebagai pelacur dan pernah memasuki Malaysia, Kemboja serta Singapura atas urusan kerja,” katanya. Nguyen berkata, sindiket berkenaan dipercayai mempunyai ejen di beberapa daerah dan menawarkan wanita muda supaya datang ke Malaysia untuk menjadi pelayan dengan gaji yang lumayan. “Jika keluarga wanita itu bersetuju, mereka hanya perlu membayar wang deposit berjumlah AS$800 dan separuh daripada jumlah berkenaan akan diberi kepada ejen dipilih sindiket terbabit. “Bagaimanapun, mangsa yang pada awalnya bekerja di restoran serta pub kemudian dikurung dan diarah menjadi pelacur pada waktu malam,” katanya. Menurutnya, pihaknya kini sedang meneruskan siasatan untuk memburu ejen sindiket itu dan mereka yang terbabit dalam kegiatan menyeludup manusia boleh dikenakan hukuman antara lima hingga 20 tahun. --- KatoeyNewsNetwork |
#846
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Abang Katoey,
Tahun Baru Cina, Press KNN (Katoey News Network) pun tutup satu hari ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#847
|
||||
|
||||
KatoeyNewsNetwork
Bukan tutup satu(1) hari ...... tutup sepuloh (10) hari !
|
#848
|
||||
|
||||
Pembantu juruterbang bawa klip video lucah didenda
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 11hb Februari 2008 :-
Pembantu juruterbang bawa klip video lucah didenda KUALA LUMPUR : Pembantu juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) berusia 25 tahun yang diberkas dan didakwa pihak berkuasa Australia, Khamis lalu, didapati cuba membawa masuk tiga fail klip video lucah bertajuk '10 Years Old' (Gadis 10 tahun), 'High School Students' (Pelajar Sekolah Tinggi) dan 'Raped Virgin' (Perawan Dirogol). Siasatan turut mendapati satu daripada klip video lucah dirampas memaparkan seorang gadis perempuan berusia bawah 18 tahun menangis selepas dipaksa mengadakan hubungan seks dengan lelaki lebih dewasa. Berdasarkan bukti itu, juruterbang yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak terbabit didenda oleh Mahkamah Majistret Adelaide kerana membawa bahan lucah membabitkan kanak-kanak dalam komputer peribadinya ke Australia. Difahamkan ketika ditahan, suspek bertugas sebagai pembantu juruterbang bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Adelaide. Menurut laporan laman web akhbar Adelaide Advertiser, suspek warga Malaysia itu didakwa kerana membawa masuk bahan terlarang menerusi fail video yang disimpan dalam komputer ribanya. Difahamkan pegawai kastam Australia menahan suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide namun suspek memberitahu dia tidak membawa barang terlarang untuk diisytiharkan. Bagaimanapun, pegawai kastam segera memeriksa kandungan komputer riba dibawa suspek sebelum menemui tiga fail video mengandungi aksi pornografi kanak-kanak. Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide sebelum Majistret Simon Smart menjatuhkan hukuman denda A$5,000 (RM15,000) selain komputer riba miliknya dirampas, Jumaat lalu. Terdahulu pihak pendakwa menganggap bahan pornografi yang dibawa suspek sebagai jijik dan mengaibkan, malah ia didakwa akan memberi kesan terhadap orang berfikiran waras yang menyaksikannya. Malah, pihak pendakwa menganggap ia bukan satu jenayah yang tidak membabitkan sebarang mangsa kerana setiap video yang memaparkan aksi terbabit ada mempunyai mangsanya tersendiri. Sementara itu, peguambela pembantu juruterbang terbabit, Stephen Barratt berkata, anak guamnya menerima e-mel video lucah terbabit tetapi tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa. Malah Barratt mendakwa tertuduh didakwa cuai dan video pornografi itu didakwa bukan untuk disebarkan. Bagaimanapun, alasan itu ditolak pihak pendakwaan dengan alasan tanpa individu seperti tertuduh adalah mustahil video pornografi itu boleh tersebar di pasaran. Peguambela tertuduh berkata, pertuduhan itu boleh menjejaskan karier anak guamnya sebagai juruterbang MAS selepas menunjukkan peningkatan prestasi sejak beberapa tahun lalu. "Penangkapan dan pendakwaan dalam tempoh 24 jam terhadap anak guamnya dianggap tidak bertimbang rasa," katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#849
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Abang Katoey, ada berita terunggul dari KNN tak ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#850

#851
|
||||
|
||||
'Jangan beritahu isteri saya'
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 14hb Februari 2008 :-
'Jangan beritahu isteri saya' GEORGETOWN : "Tuan, tolong jangan beritahu isteri saya nanti dia marah," rayu seorang lelaki warga emas yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita bukan Islam di Jalan Penang, di sini petang kelmarin. Warga emas berusia 60-an itu yang juga pengusaha kedai rempah di Kepala Batas, Seberang Prai Utara (SPU) ditahan ketika mendapatkan khidmat urut di sebuah pusat kesihatan di jalan berkenaan. Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) diketuai Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasanya, Jaafar Ismail. Jaafar berkata, pemeriksaan dilakukan lapan pegawai penguat kuasa termasuk Ketua Unit Penguatkuasa Jaipp, Faizal Ibrahim yang mensasarkan pusat urut dan kesihatan di bandar ini. Beliau berkata, ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Penang itu, lelaki warga emas berkenaan dan 'pasangannya' cuba melarikan diri tetapi gagal berikutan kawasan terbabit sudah dikepung. "Lelaki itu dipercayai melanggan wanita berusia 28 tahun itu untuk mengurut dengan kadar bayaran RM46.20 selama 30 minit. "Dia juga mengaku datang ke pusat berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang sudah keluar lebih awal," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Lelaki itu juga mengaku sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak serta empat cucu. Sementara itu, Jaafar berkata pasukan itu kemudian memburu pelacur jalanan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi kawasan mencari pelanggan. Menurutnya, kira-kira jam 10 malam, pasukan itu menahan dua wanita di sebuah hotel di Lebuh Campbell kerana disyaki menjadi pelacur. Bagaimanapun, seorang daripada mereka dibebaskan kerana disahkan sebagai bukan Islam. "Daripada siasatan, kami mendapati mereka mengenakan bayaran RM61 untuk perkhidmatan seks dan RM50 serta RM11 untuk caj bilik hotel murah," katanya. Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang ditahan itu mengaku ibu tunggal dan terpaksa membuat kerja terkutuk untuk menyara dua anaknya yang masil kecil. Jaafar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 21, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan pelacuran. Menurutnya, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu. Lelaki warga emas itu pula, katanya, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 27 (a) (b) enakmen yang sama atas kesalahan berkhalwat. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. --- KatoeyNewsNetwork |
#852
|
||||
|
||||
19 sambut Hari Kekasih kena tangkap di Johor Bahru
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 17hb Februari 2008 :-
19 sambut Hari Kekasih kena tangkap di Johor Bahru JOHOR BAHRU : Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ) menahan 19 lelaki dan wanita dalam beberapa serbuan membanteras perbuatan maksiat sempena Hari Kekasih kelmarin di sekitar bandar raya ini, malam Khamis lalu. Serbuan yang dilakukan pada malam dan awal pagi itu terbahagi kepada dua kumpulan membabitkan 15 anggota penguat kuasa dan mensasar beberapa hotel murah di sekitar pusat bandar dan rumah kediaman berdasarkan maklumat awam. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Nooh Kadri, berkata semua yang ditahan berusia antara 25 hingga 30 tahun selepas pemeriksaan anggota penguat kuasa mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan muhrim. Katanya, semua yang ditahan kini ditempatkan di bilik tahanan JAJ sementara menunggu siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 itu selesai dijalankan. Katanya, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Menurutnya, daripada jumlah itu, tiga pasangan ditahan ketika pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas beberapa hotel murah di Jalan Abdul Samad dan Taman Indah, Tampoi. "Masing-masing dua pasang lagi ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Jaya Pelangi dan Desa Rahmat, Tampoi," katanya. "Empat ditahan di sebuah rumah di Taman Scientex, Masai dan Bukit Dahlia, manakala lima ditahan di Ulu Tiram dan Taman Bestari Indah hasil maklumat orang ramai yang mencurigai pergerakan keluar masuk beberapa lelaki dan wanita ke kediaman yang diserbu," katanya. Nooh berkata, operasi membanteras maksiat oleh JAJ tidak dilakukan secara bermusim, sebaliknya ia berlangsung secara berterusan. --- KatoeyNewsNetwork |
#853
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Sekarang macam macam lah dunia ini, ada Hari Kekasih dan ada lelaki warga emas pulak.
Apa itu lekaki warga emas ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#854
|
||||
|
||||
Warga emas
" Warga emas " dialah sesiapa (lelaki atau perempuan) yang berumur 55 tahun dan keatas ..........dalam Bahasa Inggeris di panggil " senior citizens "
|
#855
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Abang Katoey,
Akhbar KNN mogok ke ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|