#346
|
||||
|
||||
Mangsa culik, rogol, rompak
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 2hb Oktober 2006 :-
Mangsa culik, rogol, rompak JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Filipina mendakwa dilarikan tiga lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis, sebelum dirogol di sebuah hotel di sini, tengah hari kelmarin. Selain dirogol dua daripada tiga lelaki itu secara bergilir-gilir, mangsa turut kehilangan semua dokumen perjalanan apabila perompak melarikan beg tangannya mengandungi wang tunai RM670, tiket penerbangan dan pasportnya. Mangsa berusia 39 tahun ketika ditemui berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila dia bersama teman lelakinya, seorang rakyat tempatan bermalam di sebuah hotel di Jalan Abu Bakar, di sini. Bagaimanapun, katanya dia dan teman lelaki dikejutkan apabila tiga lelaki itu yang tiba-tiba berada dalam bilik tidurnya pada kira-kira jam 8 pagi. “Terkejut dengan keadaan itu, saya mengejutkan teman lelaki saya dan mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum berbincang dengan teman lelaki saya. “Tiga lelaki itu mengatakan saya terbabit dalam kesalahan memalsukan kad kredit dan beberapa kesalahan lain, menyebabkan teman lelaki saya menyuruh saya ikut mereka ke balai polis. “Mereka bertanya saya tempat tinggal di sini (Johor Bahru) dan saya memberitahu sebenarnya menumpang di rumah kawan di sebuah kondominium di sini,” katanya. Tiga lelaki itu, kemudian membawanya menaiki sebuah Proton Satria ke rumah kawannya itu, tetapi apabila tiba rakannya tiada di rumah. Menurutnya, lelaki itu mula berang dan apabila kembali semula ke kereta mereka meminta wang RM2,000 bagi menyelesaikan masalah itu. “Saya keliru kerana pertama sekali saya tidak pernah terbabit dengan jenayah yang mereka tuduh dan kini, saya diminta membayar RM2,000 untuk menyelesaikan masalah itu. “Saya berterus terang mengatakan tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membawa saya ke sebuah hotel di Skudai, sebelum dua daripada mereka merogol saya bergilir-gilir,” katanya. Menurutnya, lelaki ketiga menyuruhnya mandi terlebih dahulu dan selepas mandi, dia dapati tiga lelaki berkenaan sudah melarikan diri dengan beg tangan, telefon bimbit, pasport dan tiket penerbangan pulang ke Filipina. Katanya, dia yang tiba di Malaysia 4 September lalu kini buntu kerana sepatutnya pulang semalam, namun tidak dapat berbuat demikian kerana semua wang, tiket dan pasportnya sudah hilang. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada jam 2 petang kelmarin dan berharap pihak berkuasa dapat menahan tiga lelaki berkenaan. --- KatoeyNewsNetwork |
#347
|
||||
|
||||
Penangan Mat Indon
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 5hb Oktober 2006 :-
Penangan Mat Indon KUANTAN: Penahanan dua pelajar perempuan berusia 16 tahun bersama pasangan masing-masing yang juga warga Indonesia di bilik sebuah hotel murah di sini, kelmarin, mengejutkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Ketika ditahan, seorang daripada pelajar itu berpakaian biasa dengan pakaian seragamnya digantung di belakang pintu, manakala seorang lagi berpakaian seragam. “Kami ponteng sekolah,” kata seorang daripada dua pelajar itu apabila dicekup bersama dua lelaki warga Indonesia oleh penguat kuasa Jaip. Siasatan pihak berkuasa agama itu mendapati dua pelajar terbabit mengenali dua lelaki berkenaan melalui seorang rakan yang kemudian menghubungi mereka untuk mengadakan pertemuan itu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Abdul Rahim Jaafar, berkata perbuatan pelajar itu dan warga Indonesia terbabit mencemarkan Ramadan. “Mereka melakukan maksiat pada siang hari ketika umat Islam lain membendung nafsu. Ia perbuatan memalukan,” katanya. Menurutnya, intipan bermula apabila pegawai agama Jaip menerima maklumat awam mengenai niat dua pelajar yang dicurigai menunggang motosikal dan bertemu dua lelaki di sebuah hotel kira-kira jam 8 pagi. Katanya, selepas mendaftar di hotel itu, dua pelajar itu mengikut pasangan masing-masing masuk ke sebuah bilik yang disewa dengan harga RM15. “Ketika pintu diketuk, seorang daripada pelajar itu membuka pintu dalam keadaan masih lengkap berpakaian seragam sekolah. “Dalam bilik yang sama ada seorang lagi gadis dan dua lelaki berbaring atas tilam. “Hasil pemeriksaan, dua pelajar itu mengaku ponteng sekolah. Mereka tidak dapat berselindung kerana kami menemui pakaian sekolah milik seorang daripadanya tergantung di belakang pintu bilik berkenaan,” katanya. Keempat-empatnya ditahan dan dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut. Katanya, dua warga asing itu yang berusia 21 tahun, seorang daripadanya dari Lombok dan tidak mempunyai sebarang dokumen kerana lari daripada majikan. Abdul Rahim berkata, Jaip menyerahkan dua lelaki Indonesia itu kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua pelajar itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana masih di bawah umur. --- KatoeyNewsNetwork |
#348
|
||||
|
||||
GRO nomad
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 5hb Oktober 2006 :-
GRO nomad PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen mengesan kegiatan pelayan pelanggan (GRO) ‘nomad’ membabitkan pelancong asing yang menjadikan Pulau Pinang sebagai lubuk mencari rezeki sepanjang Ramadan. GRO terbabit dikatakan mempunyai pas lawatan sosial yang sah tetapi disyaki menyalahgunakannya untuk berkhidmat di beberapa pub, pusat karaoke dan disko di negeri itu, kerana percaya mempunyai ramai pelanggan terutama di kalangan pengunjung bukan Islam. Sebelum ke Pulau Mutiara, GRO terbabit disyaki bekerja di beberapa negeri lain termasuk di Lembah Klang, tetapi mengubah destinasi menjelang Ramadan kerana mahu mendapat tip lebih lumayan. Tembelang GRO itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen menahan 96 pelancong asing disyaki bekerja sebagai GRO di tiga premis berasingan sekitar Pulau Pinang dalam Operasi Sayang dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam. Daripada jumlah itu, 26 wanita warga asing ditahan di sebuah premis di Jalan Transfer membabitkan 17 warga China dan sembilan Vietnam, selain seorang lelaki tempatan. Di Jalan Anson, penguat kuasa imigresen menahan 31 wanita iaitu 28 dari China, dua Thailand dan satu Vietnam manakala di Lorong Kinta, seramai 39 wanita warga China ditahan. Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkata semua wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an itu didapati mempunyai pas lawatan sah tetapi ditahan kerana disyaki menyalahgunakannya untuk berkhidmat sebagai GRO. “Kami syak mereka ini pelancong yang melencong. Ada kemungkinan sebelum ini mereka berkerja di negeri lain sebelum beralih ke Pulau Pinang apabila bulan puasa. “Mereka percaya, masih boleh dapat pendapatan lumayan terutama tip di negeri itukerana ada ramai pelanggan di kalangan ahli perniagaan termasuk dari luar negara. “Siasatan awal kami mendapati mereka mampu memperoleh pendapatan antara RM300 hingga RM500 sehari dengan berkhidmat di negeri itu. Kami yakin mereka berkhidmat sebagai GRO berdasarkan intipan dan pemakaian mereka yang seksi,” katanya ketika dihubungi semalam. Ishak berkata, operasi terbabit berhasil selepas pihaknya berjaya mengelirukan tonto yang diupah kebanyakan pusat hiburan di negeri itu. Katanya, pihaknya tidak menggunakan penguat kuasa negeri terbabit, sebaliknya menggabungkan kakitangan ibu pejabat di Putrajaya dan Perak. --- KatoeyNewsNetwork |
#349
|
||||
|
||||
Rampas ubat kuat seks
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 7hb Oktober 2006 :-
Rampas ubat kuat seks IPOH: Kegiatan licik seorang pembekal pil kuat seks haram terbesar di negeri ini terbongkar selepas Jabatan Farmasi negeri merampas pelbagai jenis ubat termasuk Viagra, Cialis dan Carvetta dalam kenderaan serta rumahnya, kelmarin. Jabatan itu menemui 60 kotak Cialis mengandungi 240 biji pil dalam keretanya manakala 200 kotak Cialis mengandungi 800 biji pil pula ditemui disimpan di rumahnya ketika pemeriksaan lanjut. Turut ditemui ialah sejumlah kotak mengandungi pil Viagra dan pil Carvetta yang diperbuat di India serta 16 lagi pelbagai jenis ubat yang berdaftar serta tidak berdaftar. Difahamkan, pil Cialis dijual pada harga antara RM15 hingga RM20 setiap biji atau lebih dikenali sebagai pil 72 jam berikutan mampu memberi ketahanan atau kekuatan seks kepada lelaki dalam tempoh berkenaan berbanding Viagra yang mampu bertahan hanya 36 jam. Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Farmasi), Ruhaiyem Yahya, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun terbabit adalah pemilik sebuah farmasi yang sudah ditutup akibat mengalami kerugian sebelum ini. Katanya, berikutan itu, dia dipercayai menjalankan kegiatan membekal pil kuat seks berkenaan secara haram terutama di kawasan utara termasuk di negeri ini, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. “Lelaki itu melakukan kesalahan kerana menjual produk terbabit tanpa tauliah serta kebenaran walaupun dia sebelum ini pernah memiliki sebuah syarikat farmasi. “Penjualan pil terbabit di farmasi memerlukan surat kebenaran daripada doktor dan tidak boleh dijual sembarangan,” katanya. Ruhaiyem berkata, penahanan lelaki terbabit hasil siasatan terhadap seorang pemilik kedai ubat kerana menjual pil kuat seks berkenaan. Katanya, pemilik kedai terbabit memberi maklumat bahawa semua pil serta ubat terbabit dibekalkan lelaki berkenaan. --- KatoeyNewsNetwork |
#350
|
||||
|
||||
Pelacur PRC ancam bunuh diri
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 7hb Oktober 2006 :-
Pelacur PRC ancam bunuh diri JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga China mengancam membunuh diri dengan meletakkan pecahan kaca di tangannya sebagai helah untuk mengelak daripada ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam. Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu yang dipercayai menjadi pelacur ditahan dalam operasi khas untuk membersihkan imej bandar raya ini daripada kegiatan maksiat dan jenayah. Bagaimanapun, selepas ditenangkan pihak berkuasa, wanita itu menyerah diri. Dia ditahan di sebuah hotel yang diperiksa kerana dipercayai menyediakan perkhidmatan pelacuran. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Roslan Ahmad berkata, operasi berkenaan bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi membabitkan kira-kira 60 anggota dan pegawai. Katanya, dalam operasi itu, seramai 29 wanita warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran. Menurutnya, 26 daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam sebuah bilik yang menggunakan laluan khas untuk memasukinya di sebuah bangunan di Taman Sentosa. “Dua lelaki dipercayai penjaga bangunan lengkap dengan alat telekomunikasi menunggu di hadapan bangunan manakala seorang lagi lelaki menunggu di bahagian belakang bangunan. “Apabila diperiksa di tingkat atas bangunan di bahagian tandas terdapat satu ruang mencurigakan sebelum menemui sebuah bilik khas. “Seramai 26 wanita warga asing di dalam bilik berkenaan iaitu 2 warga Myanmar, China ( 4 ), Indonesia ( 6 ) dan Thailand (14) dipercayai sedang bersembunyi manakala tiga lagi warga China ditahan dalam pemeriksaan di dua hotel di sekitar bandar raya ini,” katanya. Roslan berkata, tujuh wanita dan empat lelaki tempatan serta seorang lelaki berusia 44 tahun turut ditahan kerana dipercayai menguruskan bangunan berkenaan. Katanya, beberapa bahan bukti seperti tisu yang belum digunakan, tuala termasuk lapan yang sudah digunakan, kondom dan tisu yang sudah digunakan serta resit dipercayai urusan pembayaran ditemui di situ. Beliau berkata, semua warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Johor untuk siasatan atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial. Sementara itu, katanya, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan lima pasangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) untuk tindakan lanjut. Menurutnya, tiga kutu rayau yang ditahan dalam operasi berkenaan turut diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Katanya, dalam pemeriksaan di sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama tiga wanita Indonesia. “Dua daripada wanita itu tinggal lebih masa manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri. “Kami sedang menyiasat sama ada lelaki itu melindungi ketiga-tiga wanita berkenaan,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#351
|
||||
|
||||
GRO atas siling
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 12hb Oktober 2006 :-
GRO atas siling PETALING JAYA: Sekumpulan wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup berasak-asak di atas siling selain ‘mengecilkan’ diri dalam almari buku semata-mata untuk mengelak ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Sea Park di sini, malam tadi. Pada masa sama, ada antara GRO terbabit sanggup mengambil risiko dengan menyembunyikan diri dalam tangki air di atas bangunan berkenaan. Dalang sindiket yang membawa masuk warga asing itu pula bertindak bijak dengan membina beberapa bilik kecil dalam siling selepas menebuk dinding untuk menjadikannya tempat persembunyian GRO terbabit. Dalang terbabit yang menyedari pusat karaoke itu pasti diserbu polis memangga semua pintu masuk kecuali satu yang digunakan GRO itu untuk melarikan diri. Bagi mengelakkan GRO dikesan polis, dalang terbabit turut menjadikan bangunan bersebelahan yang tidak digunakan sebagai lokasi persembunyian. Semua taktik itu digunakan selepas pusat karaoke terbabit diserbu lebih 10 kali oleh polis yang menahan lebih 100 GRO sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, taktik baru itu turut gagal mengaburi mata polis selepas pihak berkuasa mengepung kawasan berkenaan 40 minit sebelum menyerbu dan menggeledah. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Kamarudin Mohd Din, berkata operasi berkenaan dilakukan selepas polis menerima maklumat awam sebelum melakukan risikan sejak beberapa hari lalu. “Operasi kali ini dilakukan Jabatan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dengan polis Petaling Jaya. “Polis menahan 44 wanita berusia 19 hingga 35 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat karaoke terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi. Beliau berkata, dua lelaki disyaki penjaga GRO terbabit berusia lingkungan 20-an turut ditahan bagi membantu siasatan. --- KatoeyNewsNetwork |
#352
|
||||
|
||||
4 wanita Uzbekistan ditangkap di KL
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 13hb Oktober 2006 :-
4 wanita Uzbekistan ditangkap di KL KUALA LUMPUR: Empat wanita warga Uzbekistan yang mampu mengaut keuntungan lebih RM2,000 sehari dengan menjual tubuh kepada golongan kenamaan atau VIP diberkas di sebuah hotel lima bintang di Jalan Bukit Bintang di sini, malam kelmarin. Dua daripada wanita terbabit cuba melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat sebaik menyedari pihak berkuasa menyerbu bilik hotel yang menjadi lokasi kegiatan pelacuran. Wanita terbabit dikesan memasuki negara ini sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial dan menjalankan kegiatan itu untuk memperoleh pendapatan lebih. Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu hotel berkenaan dan memberkas keempat-empat wanita terbabit. Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, semua mereka berada dalam bilik hotel bersama pasangan masing-masing. “Ketika serbuan, ada antara wanita itu cuba melarikan diri dengan merempuh anggota polis kerana terlalu takut tetapi mereka diberkas. “Ada juga yang ghairah melayan pelanggan tidak sempat memakai pakaian dan berada dalam keadaan telanjang bulat serta cuba bersembunyi di bawah katil,” katanya di sini semalam. Sumber itu berkata, wanita warga asing itu menawarkan harga RM200 hingga RM300 bagi perkhidmatan seks selama satu jam kepada pelanggan. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ramli Din mengesahkan tangkapan. Katanya, wanita warga asing itu ditahan kerana disyaki melacurkan diri dan polis menjalankan siasatan lanjut. --- KatoeyNewsNetwork |
#353
|
||||
|
||||
Jutawan DVD haram
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 14hb Oktober 2006 :-
Jutawan DVD haram GEORGETOWN : Anak perempuan seorang pegawai kanan kerajaan bersama teman lelakinya dipercayai mengaut RM90,000 hingga RM100,000 sebulan melalui kegiatan pengedaran cakera padat digital (DVD) cetak rompak antarabangsa. Wanita berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun itu menjadi dalang sindiket terbabit yang dilakukan menerusi transaksi internet yang meraih jualan jutaan ringgit. Mereka membina laman sendiri khusus untuk pembeli di luar negara membuat pesanan sebelum dihantar menggunakan khidmat kiriman ekspres. Menurut sumber, wanita itu sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Sains Malaysia (USM) selain memiliki kepakaran dalam bidang komputer dan internet. Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, laman web itu hanya boleh dilayari di luar negara. Pembeli dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia antara yang dikesan paling banyak membuat tempahan DVD daripada pasangan itu. Kata sumber itu, beberapa tahun lalu wanita terbabit pernah melakukan kegiatan itu secara kecil-kecilan, tetapi terpaksa menghentikan kegiatannya selepas dikesan bapanya. “Bagaimanapun, dia memulakan kembali ‘perniagaan’ itu selepas bapanya ditukarkan ke negeri lain sejak dua tahun lalu,” katanya. Kegiatan pasangan itu terbongkar selepas rumah mereka di Jalan Jelutong di sini, diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kelmarin. Serbuan jam 12 tengah hari itu membabitkan sepasukan 15 pegawai penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah, Unit Internet Cetak Rompak dan Forensik KPDNHEP, Aminudin Muhammad. Pasukan itu dibantu anggota penguat kuasa dari Motion Picture Association (MPA) selepas mengesan dua laman web yang disyaki digunakan untuk transaksi pengedaran DVD cetak rompak. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, M Gunaselan, berkata hasil intipan selama tiga bulan yang dibuat akhirnya berjaya membongkar kegiatan haram itu yang beroperasi di negeri ini sejak beberapa tahun lalu. Menurutnya, berikutan serbuan itu, 22 DVD dan 17 cakera padat video (VCD) serta 20 set DVD bersiri dirampas membabitkan pelbagai tajuk seperti Garfield, The Da Vinci Code, Mena Girls, Matrix Reloaded dan The Tuxedo. Gunaselan berkata, pihaknya turut merampas tiga komputer riba dan satu cakera keras. “Kedua-dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti haram itu sejak setahun lalu. “Hasil siasatan mendapati pendapatan kedua-dua suspek mencecah sehingga RM90,000 hingga RM100,000 sebulan berdasarkan slip dan buku akaun bank yang dijumpai,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, pasangan itu dikesan menjual DVD dengan harga antara AS$7.80 hingga AS$34 (RM29.60 hingga RM129) seunit. Sementara itu, dalam serbuan serentak yang dilakukan ke sebuah rumah pangsa di Paya Terubong di sini, KPDNHEP menemui empat unit DVD filem bertajuk Poseidon dan Superman Return serta 114 unit DVD pelbagai tajuk dan sebuah komputer berserta modem. Gunaselan berkata, ketika serbuan penghuni rumah itu, seorang lelaki berusia 33 tahun tiada di rumah kecuali ibunya berusia 63 tahun yang tinggal. Katanya, ibu lelaki itu memaklumkan anaknya di luar Pulau Pinang, bagaimanapun pada petang hari sama lelaki itu hadir ke pejabat KPDNHEP bersama dua peguam. Menurutnya, lelaki itu kemudia ditahan dan dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu. “Dalam siasatan itu, suspek menjual DVD cetak rompak dengan harga antara AS$ 4.70 hingga AS$8.70 (RM17.80 hingga RM33) seunit. “Siasatan sedang dilakukan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau RM20,000 untuk satu salinan langgaran atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan reman untuk membantu siasatan. Nilai keseluruhan rampasan dalam kedua-dua serbuan itu dianggarkan RM50,000. --- KatoeyNewsNetwork |
#354
|
||||
|
||||
Sukar bezakan bapa ayam, GRO pelacur
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 14hb Oktober 2006 :-
Sukar bezakan bapa ayam, GRO pelacur PETALING JAYA: Lelaki yang bersama pelayan pelanggan atau GRO di pusat hiburan mungkin sebahagian besarnya terdiri bapa ayam yang sedang menunggu pelanggan menjemput ‘anak buah’ mereka untuk dibawa ke tempat lain bagi memuaskan nafsu masing-masing. Ini kerana, tidak mungkin seorang lelaki akan bersama dengan lebih daripada tiga GRO pada satu masa kerana kebiasaannya bapa ayam terbabit melakukan urus niaga di pusat hiburan untuk mengelak kerja haram itu dikesan. Sumber polis berkata, sukar untuk mengesan sama ada lelaki terbabit bapa ayam atau GRO bersamanya adalah pelacur. “Jika ditahan, mereka pasti menjawab sedang berseronok dan sebagainya. Bagaimanapun, ada di kalangan lelaki terbabit sebenarnya bapa ayam dan menjadikan pusat hiburan tertentu sebagai pusat operasi urus niaga. “Ini kerana, kegiatan jaja tubuh yang dijalankan di pusat hiburan agak sukar untuk dikesan kerana mereka sentiasa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Jika kegiatan jual tubuh dijalankan di rumah atau kawasan yang mudah dikesan, pasti bapa ayam mengalami kerugian besar kerana ia sangat mudah dikesan. Bagaimanapun, jika dilakukan di pusat hiburan tertentu mereka boleh menafikan perkara terbabit sedangkan wanita atau GRO dibawa memang ada antara mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri lengkap. “Pendapatan diterima pula akan dibahagikan tiga iaitu kepada pusat hiburan, bapa ayam dan wanita terbabit. “Pelanggan pula mungkin terpaksa membayar sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan selain menempah bilik bagi ‘menghabiskan masa’ dengan wanita terbabit,” katanya. Kegiatan itu bagaimanapun sentiasa dipantau polis dan pihak yang terbabit melakukan kegiatan tidak bermoral itu akan dikenakan tindakan tegas. Sementara itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya, menyerbu sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, kira-kira pada jam 9.45 malam tadi. Dalam operasi itu, 13 wanita warga asing dipercayai GRO berusia 20-an yang sedang leka melayan pelanggan di pusat itu ditahan. Menurut sumber, polis terpaksa memotong tiga mangga untuk ke tingkat atas kerana ia dikunci pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelak wanita itu ditahan. “Tujuh wanita yang ditahan itu berasal dari Vietnam, lima dari China manakala seorang dari Thailand dan mereka mempunyai dokumen perjalanan. “Seorang lelaki tempatan berusia 20-an dipercayai penjaga ditahan bagi membantu siasatan. Lima pelanggan dalam pusat itu juga diambil keterangan sebelum dibebaskan,” katanya. Menurut sumber, siasatan awal mendapati pusat hiburan terbabit pernah diserbu lebih lima kali manakala antara 60 hingga 70 GRO ditahan sejak awal tahun ini. Katanya, polis akan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya pusat karaoke itu dikenakan tindakan kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral. “Pusat hiburan itu boleh dikenakan tindakan tegas kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah. “Wanita terbabit pula akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selain turut dikenakan tindakan kerana bekerja di negara tanpa permit kerja sah,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#355
|
||||
|
||||
10 pondan kena tahan di KL
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 16hb Oktober 2006 :-
10 pondan kena tahan di KL KUALA LUMPUR: Seorang pondan sedang melayan nafsu seorang pelanggan di belakang almari buruk lari lintang-pukang tanpa baju sebaik pihak berkuasa menyerbu kawasan berkenaan di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, awal pagi kelmarin. Pondan berusia 52 tahun itu hanya memperoleh pendapatan RM15 sejak seminggu lalu berikutan kekurangan pelanggan yang takut mengunjungi kawasan itu selepas operasi berterusan dilakukan pihak berkuasa. Nasib pondan berkenaan bertambah malang apabila dia diberkas dan terpaksa meringkuk dalam lokap bagi membantu siasatan beberapa kes samun membabitkan pondan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata pihaknya melancarkan operasi berterusan di kawasan Lorong Haji Taib selepas menerima banyak aduan mengenai pondan yang menyamun pelanggan serta orang ramai yang lalu-lalang di situ. Katanya, hasil operasi dua hari itu, kira-kira 10 pondan ditahan bagi membantu siasatan termasuk ‘pondan import’ warga Singapura yang datang ke sini untuk menawarkan perkhidmatan seks. “Dalam operasi itu, 633 kenderaan diperiksa serta 364 orang awam diselidiki bagi mengesan orang yang dikehendaki dan mengesan kenderaan curi. “Hasil pemeriksaan, polis turut menahan seorang lelaki dikehendaki berusia 30-an bagi membantu siasatan kes samun,” katanya sejurus selesai operasi berkenaan di sini, awal pagi kelmarin. Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi turut memeriksa 201 pengunjung sebuah karaoke di Jalan Bukit Bintang di sini, dan melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah ketika berhibur. Kamal Pasha berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 pengunjung karaoke itu positif dalam ujian air kencing kerana mengambil dadah ketika berhibur. Semua mereka yang ditahan itu berusia 20 hingga 30 tahun dan yang positif di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999. --- KatoeyNewsNetwork
__________________
KatoeyLover69 http://www.bangkoktonight.com Thai pussies are the best in the world. Once you have licked them, you're addicted for life !!! |
#356
|
||||
|
||||
Mayat dalam bilik VIP di Genting Highlands
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 18hb Oktober 2006 :-
Mayat dalam bilik VIP di Genting Highlands KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga China ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan berlumuran darah dalam bilik ‘VIP’ (orang kenamaan) di tingkat 18 sebuah hotel di Genting Highlands, dekat sini, malam kelmarin. Mayat terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik khas VIP yang mempunyai kad istimewa untuk menggunakan bilik yang berharga lebih RM400 itu. Difahamkan, pasukan polis dan forensik mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menyiasat penemuan mayat wanita berusia awal 20-an itu sebelum dihantar ke rumah mayat Hospital Bentong untuk dibedah siasat. Sumber berkata, bilik kenamaan didaftarkan atas nama dua lelaki tempatan kira-kira jam 4 petang kelmarin. Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan bilik berkenaan 20 minit selepas mendaftar masuk. “Seorang daripada lelaki itu balik semula ke bilik kira-kira jam 10.45 malam dan menemui mayat wanita China tanpa baju itu tertiarap di lantai dengan mulutnya masih berdarah,” kata sumber ketika ditemui di hotel berkenaan, awal pagi semalam. Lelaki berkenaan dipercayai terus memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan hotel sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak, mengesahkan penemuan mayat pelancong wanita itu. Polis dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 12 tengah malam dan sepasukan anggota Unit Forensik yang memasuki bilik hotel dilihat keluar dari situ kira-kira jam 7 pagi semalam. Sumber turut memaklumkan, polis sehingga kini sudah menahan dua wanita warga China dan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan. Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World, Datuk Anthony Yeo, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan. Beliau berkata, pihak hotel dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 11 malam kelmarin oleh pengawal keselamatan. --- KatoeyNewsNetwork |
#357
|
||||
|
||||
Mat Afrika - Dulu jual jam, kini jual ‘ayam’
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 23hb Oktober 2006 :-
Mat Afrika - Dulu jual jam, kini jual ‘ayam’ KUALA LUMPUR: Kegiatan jenayah dan maksiat di kawasan Bukit Bintang kini dikuasai lelaki Afrika, apabila kebanyakan mereka mengambil alih beberapa rumah pelacuran dan menjadi bapa ayam. Kebanyakan Mat Afrika atau dikenali ‘Awang Hitam’ yang sebelum ini sering dikaitkan dengan jenayah penipuan, dikatakan beralih angin menguasai jenayah maksiat itu sejak pertengahan tahun ini. Difahamkan, kumpulan Awang Hitam itu mampu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sehari dengan menjadi bapa ayam berbanding pekerjaan mereka sebelum ini menjual jam serta barangan kulit. Geng Awang Hitam pada mulanya hanya menjadi pengunjung rumah pelacuran sekitar Bukit Bintang, tetapi kini mampu tersenyum apabila dapat mengambil alih tugas sebagai bapa ayam di kawasan itu. Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati, geng Awang Hitam berkeliaran di kawasan berkenaan dan sering duduk bersembang di hadapan premis rumah pelacuran itu. Geng itu tidak menawarkan pelacur di premis mereka kepada rakyat tempatan, sebaliknya menawarkan kepada pelancong asing kerana mudah untuk mengaut keuntungan. Awang Hitam di kawasan itu juga menikmati kehidupan mewah apabila sanggup membayar kereta yang disewa ribuan ringgit setiap bulan semata-mata mengambil pelacur dari rumah mereka ke tempat kerja. Mereka yang memandu tanpa lesen itu sering menimbulkan masalah kepada pengguna berikutan sering bersikap biadab ketika di jalan raya, termasuk memaki-hamun pengguna lain kononnya kesuntukan masa. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata kebanyakan Awang Hitam di ibu kota ini sering menjalankan kegiatan jenayah untuk terus hidup berikutan mereka tidak mempunyai pekerjaan. Katanya, tahun ini kadar jenayah membabitkan Awang Hitam berkurangan berbanding tahun lalu selepas kekerapan operasi termasuk pemeriksaan di lokasi utama yang menjadi kunjungan golongan itu. “Polis mengenal pasti lokasi utama di Daerah Dang Wangi yang menjadi kegemaran mereka antaranya Lorong Tiong Nam, Sekitar Jalan Putra, Flet Seri Selayang, Lorong Haji Taib Off Lorong Kulit, gerai makanan sekitar Jalan Alur dan sepanjang Jalan Bukti Bintang. “Mat Afrika ini juga menjalankan kegiatan mengikut lokasi berikutan ramai pengunjung yang mudah diperdaya terutama pelancong asing,” katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata Awang Hitam kini dikesan sering berada di rumah pelacuran sekitar Bukit Bintang dan Jalan Alur tetapi masih menyiasat mengenai kegiatan yang dilakukan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999. --- KatoeyNewsNetwork |
#358
|
||||
|
||||
Bunuh, letup wanita Mongolia
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 7hb November 2006 :-
Bunuh, letup wanita Mongolia KUALA LUMPUR: Dua pegawai dan seorang anggota polis termasuk seorang wanita, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki tempatan. Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Anna ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan menggunakan bom tangan. Menurut sumber, beberapa cebisan mayat mangsa ditemui di kawasan Empangan Subang berhampiran Puncak Alam dekat sini, petang semalam. Anna, berusia 30-an, menjalin hubungan cinta sebelum mengadakan hubungan seks dengan lelaki Malaysia terbabit ketika dia melawat Mongolia, tahun lalu. Hubungan itu menyebabkan Anna melahirkan seorang bayi di negara asalnya, tahun ini. Difahamkan, Anna dan dua rakan wanitanya mengambil keputusan datang ke negara ini awal bulan lalu untuk berjumpa lelaki berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. “Wanita itu yang mengandung hasil hubungan sulit mereka mengugut mangsa mengahwininya atau membayar sejumlah wang mencecah jutaan ringgit bagi menutup perbuatan lelaki itu “Bagaimanapun, lelaki itu enggan bertanggungjawab sebelum mengupah beberapa lelaki membunuh wanita itu,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa ditembak dan mayatnya dibuang ke dalam kawasan hutan berhampiran Puncak Alam sebelum diletupkan dengan bom tangan. Menurutnya, sepasukan unit polis forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kedudukan mayat berikutan penahanan suspek beberapa hari lalu. “Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan mengumpulkan bukti di kawasan itu,” katanya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan operasi mencari mayat mangsa dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut. Sementara itu, Bernama melaporkan, sejurus tiba di negara ini, mangsa bersama dua rakannya mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Oktober lalu untuk membincangkan perkara itu. Bagaimanapun, rancangannya tidak berjalan lancar, sebaliknya lelaki itu menghubungi tiga polis ‘mengiringi’ Anna pergi dari situ. Rakan Anna kemudian diminta beredar sementara perkara itu ‘diselesaikan’. Bagaimanapun, apabila Anna tidak kembali ke hotel selepas beberapa hari, rakan-rakannya menjadi bimbang dan melaporkan perkara itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand. Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Brickfields. Berikutan laporan itu, Konsulat Mongolia di Thailand menghubungi polis Malaysia bagi mendapatkan bantuan mencari rakyatnya yang hilang. Berpandukan maklumat diberikan rakan Anna, polis menahan seorang cif inspektor dan seorang lans koperal bagi membantu siasatan. Mereka ditahan reman seminggu pada minggu lalu. Hasil soal siasat membawa kepada penahanan anggota polis ketiga, juga berpangkat cif inspektor yang ditahan semalam. Polis tidak dapat menahannya sebelum ini kerana dia sedang bertugas di luar negara. Operasi mencari mayat Anna kini dijalankan di Empangan Subang dekat Puncak Alam. --- KatoeyNewsNetwork |
#359
|
||||
|
||||
Pondan upah ‘drebar’
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 7hb November 2006 :-
Pondan upah ‘drebar’ MELAKA: Golongan pondan yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Jalan Tun Ali, di sini, kini mempunyai ‘pemandu’ yang akan bertindak sebagai ‘penyelamat’ sekiranya diserbu pihak berkuasa. Perkara itu terbongkar apabila tindakan sepasukan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan sekumpulan pondan di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi kelmarin gagal apabila mereka berjaya melarikan diri. Malah, kenderaan terbabit dipandu laju oleh ‘pemandu’ mereka itu bagi mengelak dikejar Jaim. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata sekumpulan lelaki terdiri daripada lima orang berusia awal 20-an yang berpakaian seksi itu melarikan diri dengan sebuah Perodua Kancil. Bagaimanapun, seorang ahli kumpulan terbabit gagal melarikan diri apabila dia terjatuh ketika cuba melarikan diri. “Mereka kini begitu bijak mengatur strategi bagi mengelakkan diri daripada dicekup Jaim atau pihak berkuasa lain. “Namun, Jaim akan meneruskan operasi bagi memantau kegiatan terkutuk itu daripada terus mencemari negeri ini,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Operasi mencegah kegiatan maksiat itu dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Jaim selama empat jam bermula jam 1 pagi kelmarin yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Muhamad Yahu Safat Ishak. Rahimin berkata, pondan yang gagal melarikan diri itu berusia 19 tahun dan kini ditahan kerana berpakaian menyerupai wanita dengan memakai skirt denim paras lutut serta baju berkain jarang. Menurutnya, lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan penahanan semalam adalah kali kedua selepas penahanan pertama tiga tahun lalu ketika dia berusia 17 tahun. “Lelaki terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Islam Melaka, 1991 kerana lelaki berlagak seperti wanita. “Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork
__________________
KatoeyLover69 http://www.bangkoktonight.com Thai pussies are the best in the world. Once you have licked them, you're addicted for life !!! |
#360
|
|||
|
|||
Re: Pondan upah ‘drebar’
Quote:
Kalau perempuan berlagak sebagai lelaki, ada salah tak ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|