#271
|
||||
|
||||
Kelab JCSC rancang bina rumah kelab baru di Johor Bahru
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-
Kelab JCSC rancang bina rumah kelab baru di Johor Bahru JOHOR BAHRU: Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor (JCSC) merancang membina rumah kelab baru di tanah seluas 0.8 hektar di Jalan Tasik, di sini tidak lama lagi. Pengerusinya, Dr N Ganabaskaran, berkata rumah kelab yang akan dilengkapkan pelbagai kemudahan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta yang mana perancangan pembinaan bermula sejak 2000. Beliau berkata, pihaknya gembira usaha mendapatkan tapak sesuai untuk rumah kelab bagi melaksanakan aktiviti JCSC akhirnya menjadi kenyataan. "Kami sangat berbesar hati apabila kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman prihatin dan bersetuju memberikan tanah seluas 0.8 hektar di lokasi strategik itu untuk tempoh pajakan selama 60 tahun. "Lokasi ini akan menggantikan rumah kelab sedia ada di Dataran Bandaraya yang perlu dikosongkan sejak 2001 dengan alasan sudah diberikan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk didirikan bangunan baru," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu majlis Makan Malam JCSC Bersama Media di Restoran Chakra, di sini semalam. JCSC adalah antara kelab tertua di bandar raya ini dan dulu lebih dikenali sebagai Kelab Kakitangan Awam Johor sejak ditubuhkan pada 1925. Bagaimanapun, kelab yang pernah dianggotai kira-kira 1,000 ahli kini hanya mempunyai 300 ahli aktif. Kelab yang pernah terkenal dengan pembabitan dalam sukan kriket, tenis dan bola sepak pada masa lalu, turut menjadi rakan sekutu kepada 63 kelab di seluruh dunia. Beliau berkata, selain membina rumah kelab baru itu, pihaknya merancang menyediakan kemudahan kolam renang, dua restoran, tempat permainan skuasy, dart dan biliard bagi kegunaan ahli dan masyarakat setempat. "Berita gembira yang diterima daripada Menteri Besar pada 29 April lalu ini merangsang kami berusaha lebih gigih dalam menjalankan pelbagai kegiatan berfaedah untuk ahli dan seluruh masyarakat," katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#272
|
||||
|
||||
30 pantau kegiatan cetak rompak di Johor Bahru
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-
30 pantau kegiatan cetak rompak di Johor Bahru JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) Johor menempatkan 20 hingga 30 anggota di pusat beli-belah bagi memantau kegiatan penjualan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak. Anggota terbabit akan meronda di pusat beli belah terbabit dari jam 10 pagi hingga 10 malam selama sebulan, bermula kelmarin. Pemangku Pengarahnya, Adilah A Aziz, berkata tindakan itu bagi memastikan bandar raya berkenaan bersih daripada aktiviti penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak. Katanya, dalam operasi serentak di seluruh negara kelmarin, 31 premis VCD, CD dan DVD di sebuah pusat beli belah terkenal di Jalan Datuk Sulaiman, di sini diperiksa tetapi hanya 200 keping VCD, CD dan DVD cetak rompak bernilai RM1,000 dirampas. "Taktik peniaga VCD, CD dan DVD cetak rompak kini berubah kerana mereka tidak menyimpan barangan berkenaan dalam kuantiti yang banyak dalam premis dan stor di bahagian premis," katanya. Mereka katanya, hanya menyimpan antara 100 hingga 200 keping dalam premis kerana mudah dibawa atau disembunyikan jika ada operasi. Beliau berkata, barangan cetak rompak itu akan dibawa kepada pelanggan dari lokasi lain bila ada ada permintaan. "Setakat ini, kita belum mengenal pasti pusat penyimpanan mereka tetapi siasatan awal mendapati hanya kotak kosong lengkap dengan kulit satu-satu filem atau lagu saja dipamerkan di dalam premis," katanya. Sementara itu, di pusat beli belah sama, 10 premis menjual barangan tiruan pelbagai jenama terkenal diserbu, semalam dan kementerian merampas barangan bernilai kira-kira RM50,000. --- KatoeyNewsNetwork |
#273
|
||||
|
||||
Caj RM20 ketika keluar Malaysia
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-
Caj RM20 ketika keluar Malaysia KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan caj RM20 untuk kenderaan asing dikenakan ketika mereka meninggalkan Malaysia dan bukan semasa memasuki negara ini bagi mengelak kesesakan di pintu masuk sempadan. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berkata kesesakan di pintu masuk seperti di Tambak Johor, Rantau Panjang dan Padang Besar boleh menjejaskan jumlah pelancong yang memasuki Malaysia. “Jadi untuk memudahkan aliran kemasukan ke Malaysia dan mengelakkan mereka serik ke negara kita, kita putuskan kutipan dibuat di pintu keluar,” katanya. Mohd Radzi berkata, caj yang dikenakan belum diputuskan tetapi RM20 disebut kerana dipersetujui secara am pada peringkat Kabinet --- KatoeyNewsNetwork |
#274
|
||||
|
||||
Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-
Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula MUAR: Tidak sampai sebulan menghentikan operasinya, laman web persendirian menggunakan `Yahoo! Groups’ yang menyebarkan gambar bogel gadis Melayu kini menyambung semula operasinya. Tindakan pengendali laman web lucah berkenaan semestinya menimbulkan kelegaan dan kegembiraan kepada ‘penagih seks’ di kalangan ahlinya lebih 5,000 orang itu. Ahli laman web tidak senonoh itu menyokong tindakan menyambung semula operasi yang dilakukan pengendalinya sambil memuji keberaniannya berbuat demikian. Pada 29 April lalu, laman web lucah itu dihentikan operasinya beberapa hari selepas kegiatan tidak bermoral yang dijalankan ahli laman web berkenaan disiarkan dalam ahkbar ini pada 27 April lalu. Melalui e-mel yang dihantarkan kepada ahlinya, pengendali laman web persendirian itu memberitahu pemberhentian operasi terpaksa dibuat kerana isu berkaitan mereka sedang panas diperkatakan. Harian Metro mendedahkan laman web persendirian itu memaparkan gambar dan klip video lucah membabitkan gadis dan wanita Melayu. Menurut pengendali laman web terbabit tujuannya mewujudkan laman web persendirisan itu sebagai pengajaran supaya berhati-hati ketika berasmara jangan sampai gambar mereka dirakam pihak lain. Laman web itu turut memuatkan gambar bogel artis yang pernah menggemparkan tanah air selain pelbagai aksi gambar gadis tempatan. --- KatoeyNewsNetwork |
#275
|
||||
|
||||
Jual VCD melalui tempahan
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-
Jual VCD melalui tempahan JOHOR BAHRU: Peniaga cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di dua pusat beli-belah di pusat bandar raya ini, terpaksa menggunakan taktik baru dengan hanya menjual barangan yang ditempah sahaja. Penjualan juga hanya kepada mereka dikenali atau dipercayai dan tempahan dilakukan menerusi telefon, email atau berjumpa terus dengan jurujual yang berada berhampiran premis yang ditutup. Taktik itu terpaksa dilakukan, berikutan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) Johor `berkampung’ di beberapa pusat beli belah, sejak Sabtu lalu. Seorang jurujual yang ditemui berkata, penjualan secara terbuka kini tidak boleh dilakukan seperti biasa, berikutan operasi berterusan pihak berkuasa. Berikutan itu, katanya orang ramai yang ingin membeli CD, VCD atau DVD perlu membuat tempahan menerusi telefon atau laman web. “Biasanya jika seseorang itu penduduk tempatan, mereka boleh membuat tempahan menerusi telefon, sebelum bekalan diperolehi dalam beberapa jam atau hari (bergantung pada tajuk), sebelum boleh membuat transaksi di tempat dipersetujui. “Selain itu, pembeli juga boleh melayari laman web seperti yang tertera di kad perniagaan kami. Bagaimanapun, biasanya cara ini digunakan pelancong asing terutamanya Singapura kerana kami membuat penghantaran percuma,” katanya. Tinjauan Harian Metro di sebuah pusat beli belah di Jalan Dato Sulaiman, di sini mendapati, kira-kira 20 kedai penjualan cetak rompak itu terpaksa ditutup dan hanya segelintir kedai mempunyai kakitangan di hadapan premis. Langkah itu terpaksa diambil berikutan sekumpulan 20 hingga 30 anggota penguatkuasa KPDNHEP ditempatkan di pusat beli belah itu dari jam 10 pagi sehingga 10 malam secara berterusan dalam tempoh sebulan. Harian Metro pada 22 Mei lalu melaporkan Pemangku Pengarah KPDNHEP Johor, Adilah A Aziz, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan bandar raya ini bersih daripada aktiviti penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak kerana sebelum ini bukan saja dikenali sebagai lubuk bagi kalangan penduduk tempatan, malah negara jiran. Katanya, dalam operasi Sabtu lalu, 31 kedai penjualan VCD, CD dan DVD di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Jalan Datuk Sulaiman, di sini diperiksa. Menurutnya, operasi itu dijalankan serentak di seluruh negara selepas menerima arahan daripada ibu pejabat KPDNHEP di Putrajaya. --- KatoeyNewsNetwork |
#276
|
||||
|
||||
Gadis lulusan IPT jadi GRO
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-
Gadis lulusan IPT jadi GRO KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara semalam mendedahkan ada gadis kampung yang berpendidikan tinggi menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan gadis urut pada waktu malam bagi meraih pendapatan tambahan lumayan. Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang membuat pendedahan itu berkata, gadis berkenaan juga memberitahu keluarga masing-masing, mereka bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta pada siang hari dan melakukan kerja lebih masa pada waktu malam. Bagaimanapun, katanya gadis terbabit tidak menceritakan mereka menjadi GRO dan gadis urut pada waktu malam. "Gadis ini dipercayai meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan dan kebanyakan berusia antara 18 hingga 25 tahun," katanya di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO bagi menyekat pembabitan lebih ramai gadis dalam kegiatan itu. Beliau juga berkata, Jabatan Agama Islam negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus mengadakan lebih banyak serbuan terhadap premis hiburan bagi menyekat pembabitan gadis terbabit. "Ketika ini, saya nampak pegawai penguat kuasa bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang mengikut waktu pejabat dan mereka jarang sekali memantau dan melakukan pemeriksaan di pusat hiburan. “Saya rasa waktu bekerja saya lebih berbanding pegawai berkenaan sedangkan menjadi tanggungjawab mereka menguatkuasakan undang-undang," katanya. Kenyataan Rizuan itu dipersetujui Senator Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu mengetahui sama ada pusat hiburan yang menggajikan GRO melanggar peraturan. "Datuk Rizuan begitu lantang mengatakan kegiatan GRO ini salah... bagaimana pula dengan pemilik premis dan mereka yang memberi lesen. Adakah mereka ini juga bersalah kerana menggajikan GRO?," katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#277
|
||||
|
||||
'Playboy' melayu Edisi Kelantan
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 26hb Mei 2006 :-
'Playboy' melayu Edisi Kelantan KOTA BHARU: Selepas menerima bantahan hebat terhadap penerbitan majalah Playboy di Indonesia, ada pihak dikesan mengambil kesempatan menerbitkan majalah seumpama itu secara haram di negara ini. Majalah 22 muka surat (tidak termasuk muka hadapan dan belakang) itu dijual dengan harga RM2.80 dan didapati menggunakan Permit Penerbitan (PP) bernombor 11650/9/2006 yang dipalsukan penerbitnya. Muka depan majalah itu turut menggunakan gambar wanita berpakaian seksi dan mengghairahkan dipercayai dari Indonesia tetapi kandungannya tidak terlalu lucah seperti majalah asal, Playboy. Bagaimanapun, bahagian atas muka depannya tertera perkataan ‘Edisi Khas Kontroversi Majalah Playboy’ dan berhampiran dengan logo Playboy pula terdapat perkataan `Edisi Khas Minggu Seni. Ketua Operasi Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Nik Kamarul Ariffin Mohd Kamal, berkata pengedaran majalah itu dikesan di sekitar Tanah Merah, baru-baru ini. Menurutnya, majalah itu dijual secara terbuka di sebuah gerai majalah dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai berikutan menggunakan nama Playboy serta tajuk muka depan `Tak Bogel Tapi Lucah’. Katanya, siasatan KKDN mendapati penjual majalah itu memperolehnya selepas ada individu meninggalkan di gerainya “KKDN sudah menyoal siasat penjual terbabit tetapi dia gagal untuk memberitahu tempat majalah terbabit dikeluarkan. “Penjual itu juga memberitahu majalah itu laris dan hanya tinggal senaskah ketika gerainya diperiksa KKDN,” katanya. Nik Kamarul berkata, hasil siasatan juga mendapati kandungan majalah terbabit banyak menceritakan kisah berbaur lucah tempatan dan luar negara. Antara yang menarik ialah kandungan majalah itu turut memaparkan kisah model dari Malaysia iaitu Amber Chia yang bergambar untuk majalah Playboy versi Indonesia. Iklan yang dimuatkan di dalamnya juga dipercayai palsu kerana nombor telefon dipaparkan tiada dalam perkhidmatan. “KKDN sudah merampas majalah terbabit untuk dibuat kajian dan siasatan lanjut. “Kami bimbang dengan terbitnya majalah ini walaupun palsu tetapi ia mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai mungkin membuat bantahan,” katanya. Menurutnya, KKDN masih dalam peringkat kajian bagi menentukan hukuman kepada sesiapa yang terbabit dan merampas majalah itu mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987) iaitu sebagai hasil penerbitan yang tidak diingini. “Mereka yang didapati bersalah kerana menjual dan menerbitkan majalah seperti ini boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2), dan Seksyen 11 akta yang sama,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#278
|
||||
|
||||
Projek Monorel untuk Bandaraya Johor Bahru
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 2hb Jun 2006 :-
Projek Monorel untuk Bandaraya Johor Bahru JOHOR BAHRU: Penduduk bandar raya ini bakal mempunyai pilihan pengangkutan awam apabila sistem monorel yang menghubungkan pusat perumahan, pentadbiran dan komersial dijangka siap 2010. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata sistem pengangkutan awam itu yang dijangka mula dibina tahun depan menelan kos lebih RM1 bilion dengan menghubungkan pusat bandar raya, Tebrau, Skudai, Senai hingga ke Nusajaya. Beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri sudah menerima dua kertas cadangan yang dikemukakan dua syarikat tempatan yang bergabung dengan syarikat luar negara untuk melaksanakan projek itu. “Kerajaan negeri mendapati monorel diperlukan warga kota ini dan monorel pengangkutan transit yang mampu membawa penumpang dengan jumlah banyak dan cepat,” katanya di sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Ibu Bapa Cemerlang, di sini, semalam. Abdul Ghani berkata, buat masa ini, kerajaan negeri sedang meneliti kertas cadangan yang dikemukakan termasuk mengenai teknologi yang bakal digunakan, laluan, kos dan pembiayaan. Katanya, teknologi yang bakal digunakan pernah diuji kegunaannya di beberapa negara luar dan ia tidak sama seperti sistem perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur. “Keseluruhan rekaan sistem pengangkutan itu dijangka siap sebelum akhir tahun ini dan selepas itu kerajaan negeri baru akan memutuskan syarikat dengan cadangan yang paling sesuai untuk melaksanakan projek itu,” katanya. Mengenai dana pembiayaan, Abdul Ghani berkata, ia masih belum diputuskan tetapi kerajaan negeri mengharapkan sokongan kerajaan pusat dengan memberi sedikit sumber kewangan dan bantuan di bawah peruntukan meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar. --- KatoeyNewsNetwork |
#279
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
i tak tau melayu.. pakai itu dictionary sama kasi translate nanti boleh baca english/singlish pun tak apa... melayu banyak kurang ini website masuk... semua pun cakap melayu nanti saya mati... tapi saya suka main melayu awek... banyak syok.. saya support ini thread banyak banyak
|
#280
|
||||
|
||||
FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Terima kasih banyak, banyak !!! Kamsiah !!! Aligato !!! |
#281
|
||||
|
||||
Broker gundik VVIP
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Jun 2006 :-
Broker gundik VVIP : Wanita umpan kereta, wang pikat pelajar IPT KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan wang dan kereta, seorang wanita yang dikenali sebagai Maya menjadi ‘orang tengah’ mengumpan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menjadi perempuan simpanan sebilangan orang kenamaan (VVIP). Wanita itu yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Klang dikatakan menjalankan kegiatan di pusat hiburan terkenal sekitar ibu kota sejak dua tahun lalu. Walaupun dapat dihidu pihak berkuasa baru-baru ini, ketiadaan bukti menyukarkan tindakan dikenakan terhadapnya. Menurut sumber, dia sering mengunjungi disko ternama untuk berjinak-jinak dengan VVIP yang berkehendakkan perempuan simpanan bagi memuaskan nafsu serakah mereka. “Selepas beberapa siri pertemuan, VVIP itu akan ditawarkan pelajar yang sedia menjadi gundik, malah tidak keberatan melayani lelaki berusia separuh abad. “Pelajar ini boleh dipanggil bila-bila masa khidmatnya diperlukan VVIP terbabit. Mereka menerima bayaran setiap bulan dan sebuah kereta mewah, sekurang-kurangnya Proton Perdana V6. “Gundik seperti itu tidak segan silu memandu kereta yang diberikan itu ke universiti,” katanya kepada Harian Metro. Ada juga pelajar yang menjadi `gundik’ itu berpura-pura memakai tudung ketika pulang ke kampung, terutama pada musim perayaan. Sumber itu mengatakan Maya mengenakan bayaran sekiranya VVIP bersetuju dengan `pakej’ yang ditawarkannya. VVIP dikatakan membayar RM3,000 hingga RM5,000 sebagai upah untuk mendapatkan perempuan simpanan. “Pelajar yang berusia 19 hingga 25 tahun sangat digemari VVIP kerana boleh disimpan untuk jangka masa panjang,” katanya yang menyifatkan trend memiliki perempuan simpanan di kalangan VVIP semakin menjadi-jadi sekarang. Ini disebabkan sebilangan pelajar suka menjadi perempuan seperti itu kerana mendapat kemewahan luar biasa, terutama untuk berhibur sehingga tidak mementingkan maruah diri. Bagaimanapun, menurutnya, sesetengah pelajar menyesal selepas beberapa tahun menjadi perempuan simpanan akibat ditinggalkan VVIP masing-masing sewenang-wenangnya. “Ada antara mereka pula mengandung dan diugut dicederakan jika dimaklumkan kepada pihak ketiga. “Saya dapat lihat sendiri ada pelajar ketika masih disayangi VVIP terlalu ego dan sombong sehingga tidak menegur sapa dengan rakan kerana mereka sangka sudah berada dalam golongan atasan,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#282
|
||||
|
||||
Disko elit mula 5 pagi
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Jun 2006 :-
Disko elit mula 5 pagi KUALA LUMPUR: Sebuah disko pagi yang beroperasi dari jam 5 hingga 10 pagi sejak sebulan lalu menjadi tumpuan golongan elit untuk berhibur kononnya mengelak dikesan pihak berkuasa kerana beroperasi selepas semua pusat hiburan ditutup. Disko terbabit juga dikatakan menjadi tumpuan kaki disko yang masih lagi ingin berhibur selepas pusat hiburan lain menamatkan operasi. Tempat di Sun Kompleks itu mempunyai lebih lima bilik bagi membolehkan pengunjung berkaraoke dan berhibur dengan lebih selesa. Bagaimanapun, taktik pemilik disko terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap D7, Kuala Lumpur yang diketuai Pegawai Turusnya, Superintendan Zaki Masroh menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi, semalam. Namun, operasi yang diadakan terlalu awal kerana polis menyangka premis terbabit sudah dibuka mendapati hanya empat pengunjung saja di situ. Hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam disko itu mendapati ada meja mempunyai beberapa botol minuman keras berharga ratusan ringgit yang masih belum diminum kerana premis terbabit baru dibuka dan menanti pengunjung. Disko terbabit turut menyediakan beberapa pintu bagi memudahkan pengunjungnya memasuki premis itu dan melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Hasil intipan yang dilakukan tiga hari Zaki mendapati, kira-kira 40 hingga 50 pengunjung akan berkunjung ke disko terbabit selepas semua disko yang lain sudah ditutup operasinya. Sementara itu, polis turut mengeluarkan saman ke atas premis itu kerana menjalankan operasi lebih daripada masa ditetapkan serta memberi amaran keras supaya tidak menjalankan operasinya lebih masa. --- KatoeyNewsNetwork |
#283
|
||||
|
||||
Pilih gadis melayu tawar urut batin
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 8hb Jun 2006 :-
Pilih gadis melayu tawar urut batin SEREMBAN: Pengusaha perniagaan ‘urut batin’ lebih memilih gadis tempatan terutamanya Melayu sebagai pekerja bukan saja kerana permintaan tinggi daripada pelanggan, malah boleh mengurangkan syak pihak berkuasa yang biasanya mengawasi wanita warga asing. Jabatan Imigresen dan polis sering memberkas wanita asing terutama dari Thailand dan Indonesia yang selalu terbabit dengan kegiatan itu. Pemantauan Jabatan Imigresen juga mendapati jumlah wanita warga asing seperi China dan Indonesia yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) merosot dalam tempoh setahun lalu. Dengan memperdagangkan perkhidmatan urut di kalangan gadis tempatan, pengusaha rumah urut dipercayai dapat mengelak premis mereka diserbu dengan berlakon seolah-olah menjalankan kegiatan tidak melanggar undang-undang. Perniagaan urut zahir dan ‘batin’ yang dilakukan gadis tempatan dipercayai semakin berkembang di pelbagai lokasi, termasuk di kawasan perumahan serta menjadi tumpuan lelaki yang ingin mencari ‘hiburan ringan’. Lebih mengejutkan, ada segelintir premis rumah urut dijadikan transit kegiatan pelacuran berikutan permintaan terhadap gadis Melayu yang tinggi. Pelanggan dipercayai boleh mendapatkan gadis di rumah urut terbabit sebelum dibawa ke hotel tertentu di luar negeri ini. Tinjauan Harian Metro di sebuah kedai tiga tingkat di sebuah taman perumahan di sini mendapati tukang urut di situ meminta bayaran RM100 untuk melakukan urutan seperti yang diminta pelanggan. Seorang wanita berusia 34 tahun mengaku menyediakan khidmat urut secara pakej zahir dan batin dengan bayaran RM100 tetapi harga itu boleh dikurangkan sehingga RM50 untuk urutan bahagian alat sulit saja. “Saya melakukan pekerjaan ini kerana tidak ada pilihan bagi menyara anak dan suami,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Zahari Abdul Aziz, berkata pihaknya sukar menahan pekerja tempatan kerana tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan tidak sihat. “Kami pernah membuat serbuan di tempat itu tetapi apabila mendapati mereka penduduk tempatan, tindakan susulan gagal diambil dan kebanyakan premis itu mempunyai lesen sah,” katanya. Beliau berkata, pihaknya juga sedar ada segelintir premis terbabit dijadikan tempat pelacuran. dan bantuan pihak berkuasa lain amat diperlukan bagi membendung gejala itu. “Ada juga rumah urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran tetapi pelanggan hanya mengambil gadis itu untuk dibawa ke tempat lain,” katanya --- KatoeyNewsNetwork |
#284
|
||||
|
||||
Bilik khas sedia pelacur
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 9hb Jun 2006 :-
Bilik khas sedia pelacur SEREMBAN: Sebuah kedai gunting rambut di Jalan Dr Krishnan di sini, dikesan menyediakan bilik khas untuk menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing. Tempat pelacuran yang berselindung di sebalik kedai gunting rambut itu dipercayai sudah menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu namun mengaut keuntungan lumayan hasil aktiviti berkenaan. Namun kegiatan itu terbongkar selepas penahanan lapan wanita warga China oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam serbuan di kedai itu semalam. Semua wanita dalam kedai berkenaan yang berusia antara 25 hingga 30 tahun termasuk pemilik kedai seorang lelaki berusia 58 tahun, ditahan. Difahamkan serbuan itu dibuat kira-kira jam 1 tengah hari semalam yang membabitkan lima orang pegawai jabatan berkenaan. Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan terdapat beberapa lelaki melanggan wanita yang disediakan. “Jabatan Imigresen membuat serbuan selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mencurigakan di situ. “Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kedai gunting rambut itu menawarkan perkhidmatan pelacuran di situ,” katanya. Menurutnya, seorang daripada wanita terbabit didapati tidak berpakaian ketika diserbu manakala beberapa orang lelaki dipercayai pelanggan turut berada di dalam kedai berkenaan. Pemeriksaan mendapati semua wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial yang tamat hujung bulan ini. Mereka kini ditahan di Balai Polis Seremban 2 untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed yang ditemui selepas majlis perbarisan tamat latihan membabitkan 333 pelatih kursus induksi umum dan khusus Pegawai Imigresen KP17 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di Port Dickson, semalam mengesahkan penahanan terbabit. --- KatoeyNewsNetwork |
#285
|
||||
|
||||
Khidmat urut malam Jumaat
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 10hb Jun 2006 :-
Khidmat urut malam Jumaat JOHOR BAHRU: Taktik pengunjung rumah urut mendapatkan perkhidmatan itu pada malam Jumaat dengan anggapan tiada serbuan dilakukan Jabatan Agama Johor (JAJ) ternyata silap apabila 17 orang ditahan dalam Operasi Pencegahan Maksiat di sebuah pusat urut tradisional di Taman Pelangi, di sini, malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 8 malam itu, enam lelaki dipercayai pengunjung pusat urut tradisional dan 11 wanita yang disyaki bekerja di situ ditahan. Bagaimanapun, beberapa lelaki dan wanita bukan beragama Islam yang turut ditahan dibebaskan dan disaman supaya hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Operasi pencegahan maksiat itu dijalankan mulai jam 7 malam dan berakhir kira-kira jam 2 pagi dengan membabitkan kira-kira 25 anggota dan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAJ diketuai Ketua Penolong Pengarahnya, Yosree Ikhsan. Pusat berkenaan memiliki lesen Pusat Urut Tradisional yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 21 Mei lalu. Dalam serbuan itu, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana bekerja di pusat berkenaan bersama wanita lain berusia sehingga awal 30-an manakala lelaki yang ditahan berusia antara 20 hingga 50-an. Yosree berkata, 11 wanita beragama Islam yang disyaki bekerja di situ disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) 1997 kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran. “Enam lelaki yang ditahan itu pula disiasat mengikut Seksyen 27 kerana bersama wanita bukan mahram hingga boleh menimbulkan syak berkelakuan tidak senonoh. “Semua yang ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 24 enakmen sama kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya. Yosree berkata, beberapa bahan bukti turut ditemui termasuk kondom yang belum digunakan, tisu basah, botol minyak urut, tuala mandi dan jamu rapat. Beliau berkata, pusat urut tradisional itu bukan hanya mendapat perhatian penduduk tempatan malah warga Singapura. “Daripada enam lelaki yang ditahan, tiga berasal dari Singapura, dua dari Johor dan seorang dari Kuala Lumpur,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi di sekitar Pandan, tiga pondan berusia 20-an hingga 30-an ditahan mengikut Seksyen 28 EKJS yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau keduanya. --- KatoeyNewsNetwork |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|