The Asian Commercial Sex Scene  

Go Back   The Asian Commercial Sex Scene > For stuff you can't discuss with your Facebook Account > The Malaysian Commercial Sex Scene

Notices

The Malaysian Commercial Sex Scene A section specifically for the great Sin Cities of Malaysia. Dedicated to our brothers across the Causeway. Malaysia Boleh!

User Tag List

Reply
 
Thread Tools
  #226  
Old 15-04-2006, 06:40 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Jaga jadi kambing hitam

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 15hb April 2006 :-

Jaga jadi kambing hitam

MUAR: Seorang daripada dua pengawal keselamatan wanita yang terbabit dalam insiden dua operator pengeluaran wanita sebuah kilang yang diarahkan berbogel, mendakwa menjadi `kambing hitam’ apabila digantung kerja seminggu dan ditukarkan ke Melaka.

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa dia menjadi mangsa keadaan apabila dihukum atas kesalahan menurut perintah pihak atasan kilang terbabit dalam kejadian itu.

Dia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan kini dalam dilema kerana diarahkan bertukar tempat kerja ke Melaka yang sekali gus menimbulkan kesukaran baginya kerana sudah berkeluarga.

“Beberapa hari selepas kejadian itu dilaporkan kepada pengurusan kilang, saya digantung kerja selama seminggu oleh majikan sebelum ditukarkan ke Melaka.

“Bagi saya pertukaran tempat kerja itu tidak adil dan menimbulkan masalah kerana saya sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak yang masih kecil.

“Perkara ini seperti hukuman ke atas saya kerana menurut perintah pegawai atas kilang berkenaan,” katanya yang tidak mahu dikenali.

Dua operator pengeluaran wanita yang masing-masing berusia 20 dan 30-an mendakwa dibogelkan oleh pengawal keselamatan ketika menjalani pemeriksaan badan selepas disyaki membawa barangan milik kilang keluar.

Kedua-dua wanita tempatan terbabit mendakwa diarahkan menanggalkan pakaian oleh pegawai keselamatan wanita kilang berkenaan pada 26 Februari lalu.

Ia berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kedua-dua mangsa dalam perjalanan keluar dari tempat kerja selepas menamatkan syif malam.

Menurut pengawal keselamatan itu lagi, nasib seorang lagi rakan sekerjanya masih belum diketahui kerana dia turut mengalami keadaan sama kerana sehingga sekarang, kedudukannya sebagai pengawal keselamatan di kilang berkenaan masih kabur.

“Bukan kami yang sepatutnya dihukum. Bagaimana dengan pegawai atasan yang terbabit?

“Saya hanya menurut perintah yang diarahkan,” tegasnya.
  #227  
Old 15-04-2006, 06:45 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
KL Infra tambah laluan sistem transit aliran ringan

Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 15hb April 2006 :-

KL Infra tambah laluan sistem transit aliran ringan

KL Infrastructure Group Bhd (KL Infra) dan syarikat sekutunya, MTrans Technology Bhd sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi mengembangkan lagi sistem transit aliran ringan di Lembah Klang membabitkan kos RM4.5 bilion.

Pengerusi KL Infra, Datuk Ahmad Sa'adi, berkata cadangan itu membabitkan tambahan empat laluan baru sepanjang 71 kilometer dan akan menambah 62 unit monorel.

Projek itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam tahun.

Ketika ini sistem transit aliran ringan di Lembah Klang merangkumi laluan sepanjang 65 kilometer yang dikendalikan di bawah Star dan Putra LRT serta KL Monorail membabitkan kos RM9 bilion.

Ahmad berkata, tambahan laluan itu akan membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Ia juga akan melengkapkan lagi laluan Putraline dan Starline serta KL Monorail bagi memenuhi keperluan pengguna dan mengurangkan masalah pergerakan, kesesakan dan tempat meletak kereta.

“Kami percaya laluan baru ini akan disiapkan dalam tempoh enam tahun. Jika keputusan dapat dibuat dengan cepat, orang ramai boleh mendapat manfaat daripada kemudahan yang baru ini menjelang 2012 apabila empat laluan baru itu disiapkan,” katanya dalam temu bual dengan New Straits Times dan Bernama kelmarin.

Ahmad berkata, konsep cadangan itu sudah dikemukakan kepada kerajaan kira-kira dua bulan lalu.

“Kami menjadi penasihat sistem transit di Korea dan Asia Barat. Sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan lebih banyak sistem pengangkutan bersepadu dan meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang, kami berminat untuk memberikan sumbangan idea dan kepakaran,” katanya.

Kerajaan mengumumkan bahawa penjimatan sebanyak RM4.4 bilion setahun daripada pengurangan subsidi produk petroleum akan digunakan bagi meningkatkan kecekapan sistem perhubungan awam.

Sistem KL Monorail di bawah KL Infra sepanjang kira-kira sembilan kilometer yang beroperasi sejak dua tahun setengah yang lalu telah membawa kira-kira 33 juta penumpang.

Purata penumpang hariannya meningkat 42 peratus kepada 33,837 pada 2004 berbanding 2003.

Tahun lalu, bilangannya meningkat 31 peratus kepada 44,442 dan meningkat sebanyak 12.5 peratus tahun ini kepada 50,000 setakat Mac 2006.

Tambahan laluan itu dijangka mampu mengangkut kira-kira 400,000 penumpang sehari dan juga akan melengkapkan perkhidmatan Putraline, Starline dan KL Monorail.

Ahmad berkata, secara keseluruhan, jumlah penumpang sebanyak 720,000 sehari akan dijana daripada tambahan empat laluan itu menjadikan jumlah penumpang yang menggunakan sistem transit akan meningkat kepada sejuta sehari.
  #228  
Old 15-04-2006, 06:47 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
MAS hentikan pengeluaran tiket

Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 15hb April 2006 :-

MAS hentikan pengeluaran tiket

PENERBANGAN Malaysia (MAS) akan menghentikan pengeluaran tiket secara konvensional bagi semua penerbangan destinasi domestik dan ke Singapura berkuat kuasa 1 Mei ini, dalam usahanya mengurangkan lagi kos operasi.

Sebaliknya bermula tarikh itu, pelanggan yang membuat tempahan penerbangan hanya diberikan nombor rujukan sebagai bukti pembayaran dan menggunakan nombor itu ketika membuat daftar masuk.

Pengurus Besar Kanan (Rangkaian dan Pengurusan Pendapatan) MAS, Bernard Francis, berkata peralihan kepada pendekatan tanpa tiket itu membolehkan MAS menjimatkan kos pengedarannya sebanyak 15 peratus setahun.

“Tanpa mengeluarkan tiket, MAS dapat menjimatkan RM12 bagi setiap tempahan yang dibuat oleh pelanggan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Bernard berkata, langkah itu juga lebih memudahkan penumpang ketika membuat urusan daftar masuk kerana tidak perlu menunjukkan tiket seperti biasa.

“Penumpang hanya perlu menunjukkan kad pengenalan atau identiti diri yang sah bagi warga asing untuk membuktikan yang mereka adalah pemegang nombor rujukan bagi tempahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ejen pelancongan bagaimanapun masih lagi mengeluarkan tiket kerana wujud perbezaan sistem perkomputeran dan kaedah pembayaran.

Berdasarkan perangkaan tahun lalu, Bernard berkata pendekatan tanpa tiket memanfaatkan kira-kira sembilan juta penumpang domestik MAS.

Beliau juga menjelaskan, rasionalisasi semula sektor penerbangan domestik mulai 1 Ogos ini tidak akan menjejaskan penguasaan MAS bagi sektor berkenaan yang kini adalah kira-kira 60 peratus.

“Kami menjangka dapat mengekalkan habuan pasaran kami, malah dengan adanya pendekatan tanpa tiket seperti disarankan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ini, bayangkan berapa banyak kos yang dapat kami jimatkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, bagi penerbangan antarabangsa, MAS masih mengeluarkan tiket konvensional kerana belum ada sistem bagi tujuan itu.

Beliau menjelaskan, pengenalan pendekatan tanpa tiket itu susulan inisiatif tanpa tiket fasa pertama yang diperkenalkan MAS pada 1997 iaitu MAS Electronic Ticketing (MASET) yang mana penumpang boleh membeli tiket di kaunter ATM Maybank dan menggunakan slip urus niaga itu sebagai bukti pembelian.

“Pendekatan tanpa tiket juga sudah dimanfaatkan oleh penumpang yang membeli di laman web MAS sejak Januari 2004,” katanya.

Bernard berkata, MAS akan mempertingkatkan lagi inisiatif tanpa tiket dan ‘e-ticketing’ pada masa depan bagi memudahkan penumpang MAS selain menjimatkan kos operasi syarikat.

“Inisiatif ke arah pendekatan tanpa tiket termasuk ‘e-ticketing’ bermula secara besar-besaran sejak 2004.

“Kami menjangka dapat menjimatkan antara RM30 juta hingga RM40 juta setahun jika MAS melaksanakan sepenuhnya sistem tempahan penerbangan tanpa tiket,” katanya.

Beliau berkata, jumlah urus niaga menggunakan kemudahan tanpa tiket akan meningkat daripada 15 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh setahun ini berikutan pengenalan pendekatan tanpa tiket itu.

Susulan daripada itu juga, MAS akan menghentikan semua kemudahan pembelian tiket bagi destinasi domestik di pejabat jualannya.

Penumpang sebaliknya mempunyai pilihan untuk membuat tempahan menerusi laman web dengan pembayaran menggunakan kad kredit atau membuat panggilan ke pusat panggilan 24 jam MAS dengan pembayarannya dibuat di kaunter MAS di lapangan terbang serta di pejabat tiket di seluruh negara.
  #229  
Old 15-04-2006, 06:52 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Tiang jambatan jadi jejambat ke Kompleks CIQ. Johor Bahru

Laporan dari Utusan Malaysia bertarikh Sabtu 15hb April 2006 :-

Tiang jambatan jadi jejambat ke Kompleks CIQ. Johor Bahru

JOHOR BAHRU 14 April - Tiang yang sepatutnya digunakan untuk membina Jambatan Indah di Tambak Johor akan digunakan untuk membina jejambat bagi dihubungkan ke Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Pengarah Pembinaan, Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ir. Ng Ah Kow berkata, jejambat itu akan bermula dari Tambak Johor merentasi CIQ lama, yang akan dirobohkan kelak, terus memasuki CIQ baru melalui jambatan Tanjung Puteri.

``Cadangan ini telah kita kemukakan selepas mengetahui kerajaan menghentikan pembinaan Jambatan Indah. Bagaimanapun, pembinaannya bergantung kepada kelulusan oleh pihak kerajaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabat GSB, di sini semalam.

Kerajaan kelmarin membuat keputusan menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Menurut Ah Kow, jejambat tersebut akan mempunyai enam lorong atau tiga lorong bagi setiap laluan, sama seperti laluan di Tambak Johor sekarang manakala kosnya jauh lebih murah daripada pembinaan jambatan.

Ditanya mengenai keputusan kerajaan, beliau berkata, keputusan tersebut hanya melibatkan jambatan dan bukannya CIQ yang kini 90 peratus siap.

Kedua-dua projek tersebut adalah di bawah projek GSB yang melibatkan kos RM2.2 bilion dengan kos bagi jambatan sahaja sebanyak RM600 juta.

``CIQ terus dibina hingga siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembinaan masih diteruskan. Lagipun kami belum mendapat arahan rasmi. Tunggu surat daripada kerajaan,'' katanya.

Jelas beliau, pihaknya tidak menghadapi banyak masalah dengan keputusan kerajaan itu kerana projek pembinaan jambatan tersebut pernah diberhentikan sementara pada 2004 bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan rundingan.

``Ekoran arahan pemberhentian sementara pada 5 Februari 2004 itu, kami telah merancang untuk membina laluan sementara dari Tambak Johor ke CIQ. Tetapi ia dibuat secara tidak sempurna.

``Tetapi dengan arahan terbaru ini, laluan tersebut akan dibuat dengan lebih baik sebagai laluan tetap dengan mengambil sudut jangka panjang,'' katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di tapak pembinaan CIQ didapati kerja-kerja pembinaan di kawasan itu termasuk kerja-kerja pemasangan cerucuk besi masih berjalan seperti biasa.
  #230  
Old 16-04-2006, 10:55 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Gadis bawah umur jadi GRO di Ipoh

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 15hb April 2006 :-

Gadis bawah umur jadi GRO di Ipoh

IPOH: Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) terkejut apabila seorang daripada 13 pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan, baru berusia 15 tahun.

Penolong Pengarah Penguatkuasa (Pentadbiran) Jaip, Firdaus Salleh, berkata serbuan ke atas pusat hiburan di Bandar Baru Medan, di sini, kira-kira jam 11 malam Rabu lalu itu dilakukan ketika kebanyakan GRO terbabit sibuk melayan pelanggan berhibur.

“Penahanan remaja itu sangat memeranjatkan kerana dalam usia belasan tahun dan sepatutnya masih bersekolah, dia terbabit dalam gejala maksiat dengan menjadi GRO.

“Kami akan menyerahkan remaja itu kepada keluarganya serta mengenakan arahan dan pemantauan supaya dia berkelakuan baik,” katanya.

Beliau berkata, operasi ke pusat hiburan itu membabitkan 27 anggota penguat kuasa Jaip diketuai Penolong Pengarah Penguat kuasa (Operasi), Saifuddin Nawawi dan ia dilakukan selepas mendapat maklumat dan risikan.

Katanya, dalam serbuan sama, pihaknya turut menahan 11 wanita berusia 19 hingga 34 tahun dan seorang pondan berusia 25 tahun di pusat hiburan berkenaan.

“Kita mendapat maklumat mengatakan kegiatan kumpulan GRO di pusat hiburan terbabit istimewa pada malam itu kerana perkhidmatan eksklusif serta berbeza pada malam lain selain pelanggan begitu ramai,” katanya.

Firdaus berkata, 12 GRO terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa mengikut Seksyen 59 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mengambil minuman keras.

“Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 29 dan Seksyen 57 enakmen sama kerana terbabit dalam kegiatan maksiat dan perlakuan kurang sopan,” katanya.
  #231  
Old 18-04-2006, 05:32 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Larkin Perdana pusat baru peniaga Melayu di Johor Bahru

Laporan dari Berita Harian bertarikh Selasa 18hb April 2006 :-

Larkin Perdana pusat baru peniaga Melayu di Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru rancang wujudkan sebuah lagi bandar ekonomi, moden dalam RMK-9

JOHOR BAHRU: Kawasan persekitaran Larkin Perdana dalam Zon Larkin bakal muncul kawasan pertumbuhan ekonomi baru untuk peniaga Melayu menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang sedang dirancang pembangunannya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ketika ini, pelbagai kajian dan perancangan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat sesuai perancangan MBJB mewujudkan sebuah lagi bandar baru moden untuk menempatkan peniaga Melayu di dalam bandar raya ini.

Sebagai permulaan, Bahagian Perancang MBJB akan diminta mengenal pasti kesesuaian pelan pembangunan sekitar Larkin Perdana bagi membolehkan lebih banyak pembangunan ekonomi dibangunkan di kawasan terbabit.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Abdul Latif Yusof, berkata sesuai status sebahagian besar kawasan Larkin dan Larkin Perdana rizab Melayu, lebih ramai peniaga Melayu bakal diberi peluang menempatkan perniagaan mereka di kawasan terbabit.

Katanya, ketika ini beberapa perancangan awal yang didapati sesuai termasuk mengadakan aktiviti ekonomi secara kecilan iaitu perniagaan Pasar Lambak atau menempatkan barangan terpakai di kawasan yang difikirkan sesuai.

Beliau berkata, bagaimanapun, bagi tempoh panjang, MBJB perlu memikirkan perancangan lebih teliti bagi mewujudkan identiti sendiri kawasan Larkin Perdana yang sebahagian besarnya didiami orang Melayu.

"MBJB yakin sekitar kawasan Larkin dan Larkin Perdana bakal muncul kawasan pertumbuhan ekonomi baru untuk orang Melayu tidak lama lagi kerana kedudukannya berhampiran Terminal Bas Larkin dan beberapa pusat tumpuan orang ramai," katanya pada majlis penutup Program Local Agenda 21 MBJB Bagi Zon Larkin di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Ahli Majlis MBJB Zon Larkin yang juga Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Adam Semiro dan beberapa pegawai kanan MBJB.
  #232  
Old 19-04-2006, 03:10 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Anak Bigfoot ditangkap?

Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 19hb April 2006 :-

Anak Bigfoot ditangkap?

KOTA TINGGI: Khabar angin bertiup kencang di sekitar daerah ini kononnya wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Kuala Lumpur berjaya menangkap seekor anak Bigfoot, kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun, terdapat percanggahan fakta berkaitan tarikh dan masa membabitkan dua orang yang mendakwa diberitahu anggota Perhilitan mengenai kejayaan itu.

Difahamkan, sekumpulan 10 anggota jabatan berkenaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, berkhemah di dalam hutan berhampiran jeti Tanjung Leman, Mersing, kira-kira 70 kilometer dari Johor Bahru dan menemui tiga sekeluarga Bigfoot.

Mereka kemudian dikatakan menembak seekor anak Bigfoot menggunakan ubat pelali, sebelum dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang ke ibu kota, kumpulan itu dikatakan singgah di kawasan kedai di Tenggaroh II, kira-kira jam 7 malam untuk makan malam.

Mungkin disebabkan keghairahan berikutan penangkapan itu, beberapa anggota berkenaan menceritakan kejayaan mereka kepada dua pembantu kedai telekomunikasi di kawasan itu.

Seorang pembantu kedai itu, Halida Limat, 22, berkata 10 lelaki itu berhenti makan di kedai sebelah tempat kerjanya kira-kira jam 6.50 petang hingga 8.30 malam, 18 Mac lalu.

Menurutnya, selepas makan, beberapa lelaki memasuki kedai membeli kad tambah nilai prabayar, sebelum ada di antara mereka mendakwa dapat menangkap anak Bigfoot.

“Mereka mendakwa kakitangan Jabatan Perhilitan, tetapi berpakaian biasa, namun saya dapat melihat logo jabatan itu di pacuan empat rodanya.

“Mereka mengakui nampak tiga sekeluarga Bigfoot di hutan berhampiran dan menawarkan kami peluang melihat haiwan itu di dalam pacuan empat roda berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika itu hujan lebat dan kami tidak dapat keluar dari kedai,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakannya, Hamalia Harun, 20, bertanya kepada lelaki berkenaan mengenai saiz haiwan berkenaan dan lelaki itu memberitahu anak Bigfoot sebesar manusia biasa, manakala yang dewasa lebih besar.

Katanya, sejurus sebelum meninggalkan kawasan itu lelaki berkenaan mengatakan tunggu laporan mengenai penemuan itu di media tempatan, namun hingga kini tiada sebarang berita mengenainya dilaporkan.

Harian Metro difahamkan, kumpulan lelaki itu kemudian berhenti di kawasan rumah kedai di Jalan Jaffar di sini dan memberitahu seorang peniaga kedai telekomunikasi mengenai penemuan haiwan berkenaan.

Peniaga yang enggan dikenali itu berkata, kumpulan lelaki berkenaan memasuki kedainya untuk membeli kad tambah nilai prabayar, kira-kira jam 4 petang, tiga minggu lalu.

Menurutnya, kumpulan lelaki itu menceritakan mengenai kejayaan mereka menangkap anak Bigfoot di hutan berhampiran Felda Tenggaroh.
  #233  
Old 19-04-2006, 03:17 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
JB dilanda banjir kilat

Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 19hb April 2006 :-

JB dilanda banjir kilat :Bangunan Persekutuan tenggelam kira-kira setengah meter

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di pusat bandar raya ini ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter, kejadian kedua melanda bandar ini dalam dua minggu, selepas hujan lebat lebih sejam petang semalam.

Banjir kilat itu berlaku selepas hujan kira-kira jam 3 petang, merosakkan kira-kira 50 kenderaan yang diletakkan di Jalan Dato' Syed Mufti dan Jalan Ayer Molek berhampiran Bangunan Persekutuan, di sini.

Pemilik kenderaan berkenaan, kebanyakan berurusan dengan jabatan kerajaan berhampiran, tidak dapat diselamatkan dan masih digenangi air sehingga jam 6.30 petang.

Sementara itu, dua teksi, masing-masing Proton Iswara dan Proton Waja rosak dihempap pokok berhampiran tempat menunggu bas di Hutan Bandar, dekat sini.

Seorang pemandu teksi itu yang enggan dikenali berkata, dia berhenti minum di Hutan Bandar kerana hujan lebat kira-kira jam 3 petang.

"Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan pokok tumbang di atas teksi saya. Mujurlah saya terselamat," katanya.

Peniaga barangan sukan, Ghoo Kui Hen, 70, berkata masalah banjir kilat mula dihadapi peniaga selepas pihak berkuasa selesai menjalankan kerja menaik taraf pejalan kaki dan longkang di sekitar bandar raya.

"Kerja menaik taraf itu membabitkan Legaran Sungai Segget, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Ibrahim dan Legaran Tun Sri Lanang, dengan semua longkang di jalan itu ditutup.

"Apabila longkang ditutup setiap kali hujan lebat, air sukar memasuki longkang, manakala limpahan air dari kawasan lebih tinggi di Jalan Trus dan kawasan sekitar terkumpul di sini," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 40 tahun lalu.

Katanya, penutupan longkang menyebabkan air tidak dapat mengalir cepat dan melimpah ke kedainya.

Sementara itu di MUAR, Hujan lebat selama dua jam di Bakri, menyebabkan Kawasan Perindustrian Bakri Batu 7, dilanda banjir lumpur sedalam kira-kira 0.5 meter.

Limpahan lumpur itu dikatakan berpunca dari projek pembangunan yang dilaksanakan bersebelahan kawasan perindustrian berkenaan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga bangunan kilang berdekatan terjejas teruk .

Kilang itu termasuk kilang perabot, Hak Hwee Sdn Bhd yang rosak peralatan pejabat, jentera dan perabot.

Pengarah Urusannya, Tan Hup Lian, mendakwa lumpur dari tapak projek bersebelahan mengalir masuk ke bangunan setiap kali hujan lebat dan merosakkan mesin dan peralatan pejabat.

"Banjir kali ini adalah yang ketiga dalam sebulan. Kali pertama kilang dilanda banjir lumpur ialah pada 31 Mac lalu diikuti hujan lebat yang menyebabkan kawasan perindustrian itu ditenggelami air sedalam antara 0.2 hingga 0.5 meter pada 6 April," katanya, di sini kelmarin.

Tan berkata, pekerja mengambil masa sehingga dua hari untuk membersihkan lantai dan peralatan setiap kali banjir lumpur melanda,
  #234  
Old 20-04-2006, 04:05 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Sarang eksport VCD,DVD

Laporan dari Harian Metro bertarikh Khamis 20hb April 2006 :-

Sarang eksport VCD,DVD

PUTRAJAYA: Empat lapangan terbang utama bertaraf antarabangsa di negara ini dikenal pasti sebagai ‘sarang’ sindiket pengedaran cakera video digital (DVD), cakera padat video (VCD) dan cakera padat (CD) berupa filem dan permainan video cetak rompak ke beberapa destinasi utama dunia.

Ini terbongkar berikutan kejayaan Unit Khas (Eksport) Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 362,000 DVD, VDC dan CD cetak rompak bernilai RM3.3 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman, berkata lokasi terbabit ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

“Daripada empat lapangan terbang itu, KLIA menjadi lokasi popular menyeludup bahan cetak rompak itu.

“Mereka lazimnya menggunakan khidmat ejen penghantar menerusi perkhidmatan kargo di lapangan terbang dan mengisytiharkan barangan cetak rompak sebagai produk lain,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP, di sini, semalam.

Tumpuan utama sindiket terbabit ialah negara di benua Amerika Selatan dan Asia selain membekalkan sebahagian kecil barangan cetak rompak untuk negara di Afrika dan Eropah.

Ini berdasarkan statistik bahagian penguat kuasa KPDNHEP dari Januari hingga April ini.

Unit Khas (Eksport) berjaya merampas 132,000 DVD berupa filem dan permainan serta CD untuk pasaran Amerika Selatan, Asia (123,000), Afrika (6,000), Eropah (2,500) selain tempatan (98,664).

Terbaru, unit sama menggagalkan usaha menyeludup 8,000 DVD, VCD dan CD cetak rompak bernilai RM80,000 ke Johannesburg, Afrika Selatan, menerusi perkhidmatan kargo di KLIA, malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 9.30 malam membabitkan empat pegawai Unit Khas (Eksport) itu, sindiket terbabit mengisytiharkan tujuh kotak berisi barangan cetak rompak sebagai komponen komputer untuk mengabui pihak berkuasa.

Iskandar Halim berkata, lebih memeranjatkan, DVD yang ingin dieksport adalah filem baru yang ada di antaranya belum menjengah pasaran.

“Maklumat pengirim tidak diketahui kerana ia dihantar menggunakan ejen penghantar tetapi DVD berkenaan akan dibawa ke Unit Forensik, Jabatan Kimia bagi mengenal pasti kilangnya,” katanya.
  #235  
Old 20-04-2006, 04:13 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
VCD haram: RIM saman pusat beli-belah di Kuantan

Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 20hb April 2006 :-

VCD haram: RIM saman pusat beli-belah di Kuantan

PUTRAJAYA: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyaman pemilik Berjaya Megamall di Kuantan, Cempaka Properties Sdn Bhd, atas dakwaan membenarkan penyewanya menjalankan perniagaan menjual cakera padat video (VCD) dan cakera padat (CD) cetak rompak.

Saman itu adalah yang pertama difailkan RIM terhadap pemilik kompleks beli-belah di negara ini, dalam usaha membanteras penjualan VCD dan CD cetak rompak.

Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuantan pada 29 Mac lalu dan salinannya dihantar kepada Cempaka Properties, kelmarin.

Tan turut menyerahkan salinan saman itu kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Iskandar Halim Sulaiman, di sini semalam.

Pada sidang medianya, Tan berkata, enam lagi pemilik pusat-belah, iaitu tiga di Johor Bahru, dua (Pulau Pinang) dan satu (Melaka) juga dijangka dikenakan tindakan sama.

Beliau berkata, tindakan saman akan diambil selepas empat notis yang dihantar tidak mendapat sebarang maklum balas pemilik pusat beli-belah terbabit.

Dalam kes Cempaka Properties, RIM sudah menghantar empat notis sepanjang enam bulan lalu, tetapi pemilik Berjaya Megamall itu tidak menghiraukannya.

“Notis itu mengkehendaki pemilik pusat beli-belah berkenaan mengambil tindakan dengan menghalau penyewa mereka yang menjalankan penjualan CD cetak rompak.

“Malangnya, pemilik pusat beli-belah itu tidak mengambil tindakan. Bagaimanapun, kami menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan jumlah ganti rugi yang patut dibayar,” katanya.

Mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987, mereka yang menjual VCD dan CD cetak rompak boleh didenda maksimum sehingga RM20,000 bagi setiap salinan lagu atau penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mereka yang menjual VCD atau CD tanpa logo tulen atau hologram pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu dan RM250,000 untuk syarikat korporat mengikut Seksyen 18 Akta Perihal Dagangan 1972.
  #236  
Old 20-04-2006, 04:16 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
3 pengarah nafi miliki VCD haram

Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 20hb April 2006 :-

3 pengarah nafi miliki VCD haram

KUALA LUMPUR: Tiga pengarah syarikat termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dakwaan memiliki 1,480 salinan cakera padat video (VCD) ‘Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall London’ di premis syarikat mereka.

Datuk Soh Chun Seng, 52; adiknya, Soh Choon Meng, 46 dan Siew Mee Er, 44, juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua iaitu memiliki tiga unit alat membuat VCD berkenaan.

Hak cipta bagi salinan VCD itu adalah milik Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd, beralamat di Nombor 28-2-1 & 28-2-2, Jalan 5/101 C, Cheras Business Centre di sini.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat mereka di Empayar Canggih Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian IKS, Mukim Batu, Fasa 1 di sini, jam 1.30 tengah hari, 17 Januari lalu.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1)(i)(d) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara lima tahun bagi setiap salinan VCD atau kedua-duanya sekali.

Tuduhan kedua pula adalah mengikut Seksyen 41(1)(g) akta sama dan hukuman mengikut Seksyen 41(1)(ii) itu membawa hukuman maksimum denda RM20,000 bagi setiap unit atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nazarrudin Zainuddin memohon mahkamah mengenakan jaminan RM100,000 setiap tertuduh.

Ketika membuat rayuan bagi dibenarkan ikat jamin, peguam Gooi Soon Seng yang mewakili ketiga-tiga tertuduh berkata, jumlah yang dicadangkan itu terlalu tinggi.

Beliau berkata, semua mesin dan VCD bernilai RM8 juta daripada premis anak guamnya sudah dirampas pihak berkuasa.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 18 Mei bagi sebutan untuk perbicaraan bersama.
  #237  
Old 22-04-2006, 12:56 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)

Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 22hb April 2006 :-

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) : SOP siap sedia

SUASANA di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) seperti biasa, dengan majoriti kenderaan yang menggunakannya adalah lori kontena mengangkut pelbagai barang termasuk bahan kimia berbahaya.

Selepas melalui pemeriksaan kastam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, semua kenderaan bergerak melalui jambatan Linkedua sepanjang kira-kira 1.9 kilometer.

Sebuah lori kontena yang membuat muatan penuh 80 tong berisi bahan kimia berbahaya, asid hidroklorik daripada Kuala Lumpur turut melalui laluan berkenaan menuju destinasinya di Singapura.

Kira-kira jam 9.30 pagi, sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tiba-tiba terbabas di hadapan lori berkenaan, menyebabkan pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an tidak mempunyai pilihan selain membrek kecemasan.

Akibatnya, dua tong asid hidroklorik itu jatuh ke dalam laut, sementara enam tong lagi iaitu empat di sebelah Malaysia dan dua di Singapura rosak teruk serta didapati bocor selain mengeluarkan asap.

Berikutan itu, Pelan Standard Operasi (SOP) mengenai pencegahan bahan kimia digerakkan dan pihak berkuasa kedua-dua negara lengkap dengan peralatan masing-masing memulakan operasi menyelamat.

Itulah antara gambaran latihan bersama Jawatankuasa Alam Sekitar Malaysia-Singapura bagi mengatasi tumpahan kimia di jambatan Linkedua yang diadakan setiap tahun.

Latihan itu membabitkan 250 anggota dan pegawai daripada semua agensi berkaitan termasuk bomba, imigresen, kastam, polis serta polis marin dari kedua-dua negara.

Ia disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pelancongan negeri, Freddie Long Hoo Hin yang mewakili Kerajaan Johor dan Pengerusi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura, Prof Simon Teh mewakili kerajaan Singapura.

Long berkata, latihan bersama itu bagi memastikan SOP yang disediakan jawatankuasa berkenaan sentiasa dipatuhi bagi mengelakkan berlaku tragedi lebih buruk.

"Kita menyedari bahawa persediaan untuk kejadian sebegini perlu dilakukan sekerap mungkin kerana ia mungkin terjadi dan bagi mengelakkan ia lebih buruk, persediaan awal perlu," katanya.

Ditanya mengapa pihak berkuasa Singapura yang tiba terlebih dulu berbanding Malaysia, Long berkata, perkara itu memang berlaku disebabkan pusat operasi Singapura terletak di Tuas iaitu tidak sampai satu kilometer dari sempadan di tengah jambatan Linkedua.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan berpuas hati dengan kadar respons pihak berkuasa Malaysia terutama balai bomba kerana yang paling hampir adalah di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Mengikut SOP jawatankuasa berkenaan, ketua operasi penyelamatan akan diketuai negara di mana tempat kejadian itu berlaku sama ada Malaysia atau Singapura.

Jika pihak berkuasa Singapura tiba terlebih dulu, mereka akan mengetuai operasi menyelamat sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa Malaysia begitu juga sebaliknya.

Fakta :

1) Linkedua mula digunakan pada 2 Januari 1998 adalah bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku di Tambak Johor dengan dianggarkan sekurang-kurangan leboh 1,000 lori kontena melaluinya.

2) Jambatan menghubungkan Malaysia di sebelah Tanjung Kupang dengan Tuas di Singapura adalah sepanjang 1,920 meter.

3) Satu larian dikenali sebagai ' 2nd Bridge Run ' dianjurkan akhbar New Straits Times (NST) setiap dua tahun sekali dengan tuan rumahnya digilirkan antara Johor dan Singapura dengan kali terakhir dianjurkan pada 2005.
  #238  
Old 22-04-2006, 02:03 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Deleted ......... posted in the wrong thread !
  #239  
Old 22-04-2006, 02:07 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Deleted ........... posted in the wrong thread !
  #240  
Old 23-04-2006, 10:52 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Berkumpul minum arak di Tampoi, Johor Bahru

Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 23hb April 2006 :-

Berkumpul minum arak di Tampoi, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Biarpun setakat ini perhimpunan bebeberapa kumpulan etnik Jawa ala Black Metal di Tampoi belum mencetuskan masalah kepada orang ramai, penduduk setempat mulai bimbang sesuatu yang buruk kemungkinan berlaku pada di masa depan.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Basir berkata, lokasi perhimpunan kumpulan berbaju T hitam dengan imej ganas dan jalanan itu berdekatan dengan sebuah kedai makan, hentian bas serta sebuah pusat beli-belah popular di bandar raya ini.

Menurutnya, kawasan itu menjadi laluan orang ramai berulang alik dan perhentian bas itu ke pusat beli-belah berkenaan dan stesen teksi.

“Semua bas termasuk dari utara (Kulai) lalu di kawasan itu untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Jadi, mereka menjadikan lokasi berdekatan sebagai tempat berhimpun.

“Setakat ini, tiada masalah dan saya sendiri tidak pernah nampak perkara tidak elok berlaku. Kebiasaan mereka berkumpul, berbual, makan serta minum sambil menyanyi dan bermain gitar saja.

“Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa apabila ramai, banyak pula buah fikiran yang timbul. Jadi, pelbagai perkara boleh berlaku dan kita kena beringat sebelum kena,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia pernah melihat anggota kumpulan itu bergaduh sesama sendiri beberapa minggu lalu ketika melalui kawasan berkenaan.

“Saya difahamkan mereka meminum arak sambil berhibur. Jadi, masalah timbul apabila masing-masing sudah tidak dapat berfikir dengan waras.

“Setakat ini, mereka tidak mengganggu orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan. Tetapi siapa tahu, lambat laun kejadian jenayah lain pula yang timbul,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Osman Sapian memandang serius kewujudan kumpulan berkenaan dan kecenderungan mereka berkumpul setiap hujung minggu.

Beliau berkata, penampilan lima kumpulan itu yang mengetengahkan imej ganas dan jalanan boleh mencetuskan kegelisahan di kalangan penduduk setempat.

“Memang pada peringkat awal mereka tidak melanggar undang-undang, namun keanggotaan yang semakin ramai sehingga sudah ada lima kumpulan ia menjadi semakin serius.

“Tindakan pantas pihak berkuasa menangani kewujudan kumpulan ini dipuji dan pemantauan dari semasa ke semasa mesti dilakukan supaya mereka tidak menjadi barah dan menggugat keselamatan negara,” katanya.

Menurutnya, banyak cara lain yang lebih baik bagi pekerja asing untuk mengeratkan persaudaraan, bukannya terbabit dalam kumpulan yang menonjolkan imej ganas dan jalanan.

“Jika benar mereka mahu mengumpulkan saudara yang datang ke negeri ini untuk mencari rezeki bukannya berkumpul dengan imej yang tidak sihat tetapi melalui aktiviti yang lebih berfaedah,” katanya.
Advert Space Available
Bypass censorship with https://1.1.1.1

Cloudflare 1.1.1.1
Reply



Bookmarks

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +8. The time now is 09:31 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.10
Copyright ©2000 - 2025, vBulletin Solutions, Inc.
User Alert System provided by Advanced User Tagging (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2025 DragonByte Technologies Ltd.
Copywrong © Samuel Leong 2006 ~ 2025 ph