#631
|
||||
|
||||
Jaja ubat haram
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Ogos 2007 :-
Jaja ubat haram SHAH ALAM : Bogel tak apa, asal dapat lari. Begitulah tindakan segelintir pasangan remaja di sini yang sanggup melarikan diri walaupun tanpa seurat benang di badan dengan memecut kereta ketika disergah pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam. Bagaimanapun, kebanyakan pasangan itu yang melakukan hubungan seks dalam kereta dapat ditahan selepas dikejar. Biasanya, pasangan itu tidak sedar dihampiri penguat kuasa jabatan agama dan disebabkan terlampau terkejut, mereka memecut dalam keadaan berbogel. Ada juga di antara mereka yang agak berani dengan bertindak balas, termasuk cuba merempuh pegawai penguat kuasa berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat bagi memastikan mereka tidak ditahan dan dikenakan tindakan. Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, pasangan kekasih yang berkereta gemar menjadikan tempat letak kereta Taman Tasik Shah Alam serta Stadium Melawati, di sini, sebagai tempat melampiaskan nafsu . “Ada pasangan yang diserbu tiada seurat benang pun di tubuh tetapi mengambil risiko dengan menghidupkan kereta lalu memecut laju selepas menyedari kami mengetuk cermin tingkap atau menyuluh mereka,” katanya. “Mereka dipercayai melarikan diri dengan berbogel sejauh beberapa kilometer sebelum memberhentikan kenderaan untuk mengenakan pakaian apabila yakin tidak diekori pegawai jabatan agama tetapi sesetengahnya dapat dicekup,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Menurut sumber, ada juga yang cuba merempuh pegawai penguat kuasa tetapi setakat ini, tiada yang cedera. Ini kerana mereka sudah diarahkan mengutamakan keselamatan diri ketika mengambil tindakan terhadap pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang. “Perbuatan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat adalah perkara paling serius pernah kami lihat sepanjang bertugas membanteras maksiat. “Bagaimanapun, ada juga pasangan yang melakukan hubungan seks dalam kereta tidak melarikan diri sebaliknya terus menyerah tanpa memberi alasan kerana sedar kesalahan yang dilakukan,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#632
|
||||
|
||||
Pelacur ditahan, bilik kecil diroboh di JB
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Ogos 2007 :-
Pelacur ditahan, bilik kecil diroboh di Johor Bahru JOHOR BAHRU : Seorang pekerja kedai telefon bimbit yang membawa parang sepanjang 90 sentimeter antara tujuh individu termasuk dua wanita yang ditahan dalam operasi bersepadu membersihkan Jalan Wong Ah Fook di sini, daripada kegiatan tidak sihat, awal pagi semalam. Parang panjang yang dibalut dengan surat khabar itu dijumpai tersembunyi dalam seluar panjang lelaki berusia 25 tahun terbabit selepas dia ditahan polis kerana berkelakuan mencurigakan. Ketika ditanya, lelaki terbabit mendakwa dia diarahkan majikannya supaya membawa parang itu ke kedai. Dia bagaimanapun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut. Turut ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Agama Johor (JAJ) itu ialah dua wanita warga India selepas menyerbu beberapa premis perniagaan yang disyaki menawarkan khidmat pelacuran di kawasan berkenaan. Kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan Jabatan Imigresen selepas mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah. Operasi tiga jam bermula 12 tengah malam itu turut menyaksikan rampasan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk lucah bernilai RM30,000 oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Turut dirampas dari empat kedai menjual VCD dan DVD cetak rompak itu ialah pelbagai kelengkapan seperti televisyen dan set perakam. Bagaimanapun, timbul sedikit kekecohan apabila peniaga bahan cetak rompak terbabit cuba menghalang dan mengganggu anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas terutama ketika merampas barangan. Keadaan itu reda selepas campur tangan beberapa anggota dan pegawai polis yang menangkap empat lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun. Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata 100 anggota membabitkan polis dan pelbagai agensi penguat kuasa terbabit dalam operasi yang tertumpu di Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Razak dan Jalan Dhoby. Katanya, tujuan operasi lebih kepada membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan tidak bermoral dan berunsurkan jenayah seperti pelacuran, penagihan dadah, bahan cetak rompak dan lucah serta peragut. “Operasi kali ini turut mengesan taktik yang digunakan sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik tanda perniagaan seperti pusat kecantikan dan rawatan tradisional. “Ini jelas apabila serbuan ke atas premis yang diubah suai dengan bilik kecil itu menemui beberapa kondom dan pil menghalang kehamilan di samping beberapa jenis dadah,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#633
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Baru baru ini, Abang Katoey pernah pergi cheong JB, tak ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#634
|
||||
|
||||
FR dalam Bahasa Melayu
Kenapa tanya begitu ???
|
#635
|
||||
|
||||
6 wanita Vietnam ditahan kerana aktiviti pelacuran
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 11hb Ogos 2007 :-
6 wanita Vietnam ditahan kerana aktiviti pelacuran KUANTAN : 6 wanita warga Vietnam serta dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pelacuran di sebuah pangsapuri di Jalan Haji Ahmad di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapa berkata, semua mereka yang berumur antara 18 dan 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada jam 9.30 malam hasil maklumat orang ramai. --- KatoeyNewsNetwork |
#636
|
||||
|
||||
Drebar teksi urus pelacur asing
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 11hb Ogos 2007 :-
Drebar teksi urus pelacur asing KUALA LUMPUR : Sindiket pemalsuan cop pas lawatan sosial bagi memudahkan pelacur asing menjaja tubuh di Singapura dikesan menggunakan khidmat pemandu teksi tempatan. Mereka disogok dengan upah lumayan untuk menjadi ‘orang tengah’ menyerahkan pasport yang sudah siap dicop kepada warga asing berkenaan. Perkhidmatan terbabit yang mendapat sambutan di kalangan pelacur asing membolehkan mereka tinggal lebih lama di Singapura bagi menjalankan kegiatan menjual tubuh. Kemudahan yang disediakan ini menyebabkan sindiket terbabit menjadi buruan golongan pelacur, pekerja kontraktor dan pembersihan yang sanggup membayar harga tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan cop palsu berkenaan. Sumber Polis Bukit Aman berkata, sindiket terbabit berjaya dibongkar selepas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memberkas salah seorang ahli sindiket berkenaan yang ditugaskan sebagai ‘budak penghantar’ bagi sindiket berkenaan. “Difahamkan lelaki terbabit cuba mengaburi kegiatannya itu dengan menyamar sebagai pemandu teksi sekali gus memudahkan tugasnya menghantar wang bayaran dan pasport kepada sindiket di Malaysia,” katanya. Menurutnya. sebaik pasport berkenaan dicop pas lawatan sosial palsu, pemandu teksi terbabit akan membawanya pulang ke Singapura bagi diserahkan kepada pemilik asal. Difahamkan sindiket terbabit mengenakan bayaran S$1,300 (RM2,600) bagi setiap pasport yang dicop palsu membolehkan pemilik pasport terbabit melanjutkan tempoh masa tinggal di republik berkenaan. Menurutnya, taktik ini juga membolehkan warga asing yang sudah tamat tempoh visa berada di Singapura terselamat dari dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar akta imigresen. Sumber memberitahu, seorang gadis warga Thailand berusia 27 tahun yang ditahan pihak ICA pada Ahad lalu adalah kunci kejayaan kepada pembongkaran sindiket berkenaan. “Siasatan mendapati gadis terbabit yang masuk ke Singapura pada 12 Jun tahun lalu menggunakan pas lawatan sosial bagaimanapun dikesan aktif bergiat sebagai pelacur sekitar Sungei Kadut, Singapura. “Gadis terbabit yang sudah tamat tempoh visa kemudian berhasrat meninggalkan negara berkenaan, namun menghadapi masalah berikutan bimbang dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. Bagaimanapun teman lelakinya seorang warga Myanmar berusia 29 tahun mencadangkan supaya dia menggunakan khidmat sindiket berkenaan. “Gadis Thailand berkenaan kemudian menyerahkan pasportnya pada 4 April lalu berserta bayaran RM2,000 kepada teman lelakinya sebelum ia diserahkan pula kepada seorang pemandu teksi rakyat Malaysia dikenali sebagai Gan. Menurutnya, Gan, 44, kemudian pulang ke Malaysia sebelum menyerahkan pasport terbabit kepada dalang sindiket di negara ini dikenali sebagai Ah Bee. “Gan kemudian menerima panggilan telefon pada 22 April dari Ah Bee memberitahu paspot milik gadis Thailand terbabit sudah dicop dan sedia untuk dikutip. “Pemandu teksi terbabit kemudian menyerahkan pasport berkenaan kepada teman lelaki warga Thailand terbabit sebelum dia menerima upah RM600,” katanya. Difahamkan empat hari kemudian, Gan menerima arahan untuk membawa penumpang dari Singapura ke Malaysia tanpa menyedari penumpang terbabit adalah gadis Thailand berkenaan. “Bagaimanapun ketika melalui Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, mereka ditahan selepas pegawai ICA mendapati cop pada pasport terbabit palsu. “Namun pegawai ICA yang menjalankan siasatan mula mengesyaki sesuatu apabila mendapati tarikh lanjutan pas lawatan sosial pada pasport adalah sama dengan tarikh Gan memasuki Republik berkenaan,” katanya. Malah bayaran sewa teksi sebanyak RM200 yang dibayar pihak tertentu untuk membawa gadis Thailand terbabit ke Malaysia menimbulkan banyak keraguan. Pada masa sama gadis Thailand terbabit cuba memberi alasan bahawa dia ditipu teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh binaan yang bersetuju untuk menguruskan sindiket berkenaan. “Berikutan itu pihak ICA segera memburu lelaki Maymar terbabit sebelum berjaya memberkasnya berhampiran sebuah kedai kopi di Sungai Kadut. “Lelaki Myanmar yang berjaya diberkas itu kemudian memberitahu pegawai ICA bahawa dia mengenali Gan sebelum ini menyebabkan semua komplot terbabit terbongkar,” katanya. Hasilnya pemandu teksi rakyat tempatan itu terpaksa mengaku terbabit dalam kegiatan sindiket berkenaan dan kini bakal dihadapkan ke mahkamah.--- KatoeyNewsNetwork |
#637
|
||||
|
||||
Kemeja papar gambar seks
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 12hb Ogos 2007 :-
Kemeja papar gambar seks TAIPING : “Biadap dan menjijikkan.” Itulah reaksi seorang suri rumah apabila menemui sehelai kemeja T berwarna kelabu tertera beberapa lakaran aksi perlakuan seks di dalam bilik anak lelakinya, kelmarin. Saribah Abdul Hamid, 45, dari Simpang dekat sini, berkata dia terkejut apabila menatap kemeja T berkenaan yang ditemuinya ketika mengemas bilik anaknya yang berusia 16 tahun. Menurutnya, dia memasuki bilik anaknya kira-kira jam 9.30 pagi untuk mengumpul mana-mana baju untuk dibasuh, tetapi menemui sesuatu yang di luar dugaannya. “Saya terkejut dan tergamam apabila menatap kemeja T ini serta berasa jijik dengan gambar yang tertera di depannya. Anak lelaki mendakwa ia diperoleh daripada seorang rakannya. “Ini sesuatu di luar dugaan dan tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dalam rumah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Kemeja T berwarna kelabu memaparkan tajuk ‘7-catalog’ berserta tujuh lakaran aksi perlakuan seks berwarna hijau, putih, merah, jingga dengan lambang menyerupai logo kedai 24 jam. Saribah berharap perkara itu mendapat perhatian serius pihak berkuasa dan siasatan perlu dibuat bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab membuat dan mengedarkan kemeja T berkenaan. Sementara itu, suaminya, Mat Saad Mohamad, 47, seorang pesara tentera, berkata perkara itu sememangnya di luar dugaan dan yakin pakaian seperti itu tidak dijual di pasaran terbuka. Menurutnya, keadaan itu perlu dipantau segera sebelum menjadi wabak yang boleh merosak dan mencemarkan maruah orang ramai, terutama generasi muda, sebagai pengguna. “Gejala seperti ini adalah pengaruh yang dibawa atau ditiru dari luar dan tidak bersesuaian dengan gaya kehidupan masyarakat kita yang kaya dengan adab sopan dengan nilai ketimuran. “Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyiasat dan menangani perkara ini kerana ia mencerminkan sesuatu yang negatif serta mendatangkan aib,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork Last edited by KatoeyLover69; 12-08-2007 at 04:52 PM. |
#638
|
||||
|
||||
Sewa apartmen buat maksiat
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 14hb Ogos 2007 :-
Sewa apartmen buat maksiat PETALING JAYA : Segelintir pasangan belum berkahwin dikesan menyewa perumahan sekitar Damansara Damai, dekat sini, yang dianggap terpencil daripada ibu kota bagi mengelak diberkas pihak berkuasa. Difahamkan mereka memilih menyewa kawasan itu kerana menganggap ia 'selamat' dan dijadikan sebagai rumah tumpangan untuk dikunjungi beberapa kali seminggu bagi tempat mereka bermadu kasih dengan pasangan masing-masing. Ketua Keselamatan apartmen di kawasan berkenaan, Sudar Mohd Yunus, 54, mendakwa kawasan itu menjadi tumpuan pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama kerana ia terletak berjauhan daripada bandar dan harga setiap unit rumah ditawarkan dengan harga yang murah. Menurutnya, harga sewa setiap unit rumah di kawasan itu mampu dibayar walaupun seseorang dia pelajar menyebabkan apartmen itu menjadi tumpuan golongan berkenaan. “Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, kami menubuhkan persatuan penduduk pada Februari lalu membabitkan 300 ahli yang berdaftar. “Dalam tempoh enam bulan, kami sudah menahan kira-kira 15 pasangan yang disyaki tidak berkahwin yang tinggal bersekedudukan sebelum menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa,” katanya. Kawasan apartmen itu mempunyai sembilan blok membabitkan 2,100 unit rumah yang diduduki kira-kira 7,000 penduduk. Sudar mendakwa separuh pasangan yang ditahan dikesan mengunjungi rumah mereka pada waktu siang kerana kebanyakan penghuni berkerja ketika itu. “Jiran yang tidak mengambil kisah dengan rumah sebelah turut menjadi punca kawasan ini menjadi sarang maksiat,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#639
|
||||
|
||||
Operasi harian tahan pelacur
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 14hb Ogos 2007 :-
Operasi harian tahan pelacur JOHOR BAHRU : Akibat kecewa dan tercabar dengan kewujudan kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik kedai minuman di premis hanya kira-kira 100 meter dari Balai Polis Masai, dekat sini, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengarahkan operasi dijalankan setiap hari bagi menahan pelacur berkeliaran di situ. Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk memantau kegiatan pelacuran di sekitar Masai, terutama pemilik premis itu yang tidak serik biarpun operasi membanteras pelacur kerap diadakan. “Saya tidak mahu ada pelacur di situ dan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan maksiat dan jenayah, apatah lagi jika berlaku tidak jauh dari balai polis sehingga mengundang pelbagai tanggapan di kalangan masyarakat,” katanya. Dalam operasi bermula kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, tiga pelacur wanita warga tempatan berusia antara 35 dan 38 tahun ditahan dalam serbuan terhadap kedai minuman yang dipercayai menawarkan khidmat pelacuran di bahagian atas premis itu. Ujian air kencing ke atas semua wanita itu mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis syabu. Mereka ditahan mengikut Seksyen 372 (b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. Dua pelanggan lelaki berusia lingkungan 50-an yang berada dalam kedai itu turut ditahan bersama pemilik dan pekerja kedai minuman itu. Mohd Mokhtar menegaskan, operasi membanteras kegiatan maksiat pelacuran sudah beberapa kali dijalankan di premis perniagaan itu membabitkan penahanan pelacur. “Sebelum operasi malam tadi (kelmarin) kita pernah menyerbu tempat sama pada 3 Ogos lalu dan menahan beberapa pelacur. Nampaknya kegiatan itu masih berterusan. Kita yakin ia didalangi satu sindiket pelacuran menjadikan lokasi itu tempat beroperasi,” katanya. Katanya, pihaknya sudah mengenalpasti identiti individu yang dipercayai mendalangi kegiatan tidak bermoral yang turut menimbulkan kebimbangan dan kurang senang hati penduduk setempat itu. “Pelacur berkenaan dipercayai dibawa pihak tertentu ke kawasan itu dan mereka tidak tinggal di situ dan kita sudah mengenalpasti identiti individu yang diyakini sebagai dalang sindiket pelacuran ini,” jelasnya. Dalam pada itu, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan dan mengharapkan maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan maksiat dan kejadian jenayah di kawasan masing-masing. “Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yusof Che Ngah untuk membenteras kegiatan maksiat, bukan sahaja di Johor Bahru malah di tempat lain,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#640
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Kerana Abang Katoey nampaknya memang fasih and mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai peristiwa di JB
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#641
|
||||
|
||||
Re: Operasi harian tahan pelacur
Quote:
__________________
Fuck Harder Than Before. |
#642
|
||||
|
||||
FR dalam Bahasa Melayu
Sudah jawab Datuk melalui mesaj persendirian ( PM )
|
#643
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Terima kasih abang katoey.
Sudah jawab melalui mesej peribadi
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#644
|
|||
|
|||
Re: Operasi harian tahan pelacur
Quote:
Avatar kamu memang bagus, mana boleh saya kongkek tetek sebesar itu ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#645
|
||||
|
||||
Re: Operasi harian tahan pelacur
ini avatar minah arab..kena pergi mesir baru boleh gigit super tetekk macam ni..haha.
__________________
Fuck Harder Than Before. |
Advert Space Available |
Bookmarks |
Thread Tools | |
|
|